"Setiap Kali Makan Metformin, Saya Pitam"
Hi semua! Saya Diana Ishak. Saya nak berkongsi tentang satu perkongsian dari seorang follower. Beliau merupakan pesakit kencing manis, dan telah mengambil ubat kencing manis. Walau bagaimanapun, setiap kali memakan ubat tersebut, beliau akan pitam. Doktor mengklasifikasikan ini sebagai 'rare case'. Pesakit ini bertanyakan kepada saya sekiranya Maaltyd boleh membantu.
Saya kongsikan sedikit maklumat bacaan gula pesakit:
Bacaan fasting blood sugar: >8.0 mmol/L
Bacaan 2 hours after eating: 22-44 mmol/L
Gula darah >8.0 mmol/L (berpuasa) menunjukkan tahap glukosa yang tinggi, disebabkan oleh pengeluaran glukosa berlebihan oleh hati atau kekurangan sensitiviti insulin. Gula darah >22.0 mmol/L (selepas makan) adalah disebabkan oleh resistensi insulin yang menghalang sel badan daripada menyerap glukosa dari darah selepas makan.
Mula-mula saya nak highlightkan di sini, Maaltyd BUKAN ubat kencing manis. Tetapi Maaltyd BOLEH diambil oleh pesakit kencing manis. Ia bukan ubat, tetapi ia TIDAK AKAN menaikkan gula darah anda. Ya, Maaltyd boleh membantu menstabilkan gula darah, tetapi ia BUKAN rawatan utama.
Metformin diberikan untuk membantu mengawal gula darah dengan:
Mengurangkan pengeluaran glukosa di hati.
Meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin.
Namun, jika mengalami pitam selepas mengambil metformin, ini mungkin disebabkan oleh:
Penurunan gula darah yang terlalu drastik (hipoglisemia).
Kesan sampingan lain, seperti gangguan pencernaan atau keletihan, yang biasa berlaku pada sesetengah pengguna metformin.
Kepada sesiapa yang ada masalah yang sama, saya cadangkan ambil tablet Chromium picolinate 200 mcg. Chromium picolinate adalah suplemen untuk pengurusan gula darah, kerana ia meningkatkan sensitiviti insulin. Ia membantu mengurangkan lonjakan gula darah selepas makan. Kajian menunjukkan Chromium picolinate boleh membantu pesakit diabetes jenis 2, tetapi keberkesanannya adalah sederhana dan tidak menggantikan rawatan utama.
Untuk pesakit yang pitam setiap kali mengambil Metformin, mungkin boleh mencuba Chromium picolinate. Ia tidak menyebabkan hipoglisemia (gula darah rendah), jadi ia lebih selamat berbanding sesetengah ubat. Dos yang biasa adalah 200-1,000 mcg sehari. Dos berlebihan boleh membawa risiko toksik.
Dalam masa yang sama, ambil suplemen Magnesium kerana ia membantu metabolisme glukosa dan fungsi insulin. Kekurangan magnesium sering dikaitkan dengan kawalan gula darah yang lebih lemah.
Selain suplemen, kurangkan nasi putih. Berhenti terus tepung. Berhenti mengambil makanan/minuman manis. Jika anda gemuk dan diabetic, mengurangkan berat badan dapat meningkatkan sensitiviti insulin.
Sebab itulah kami formulasikan Maaltyd tanpa gula. Kami gantikan dengan stevia supaya mereka yang ada masalah kencing manis dan kegemukan boleh mengambilnya.
