Suplemen Berfungsi Cepat, Seperti Ubat - Fakta atau Salah Faham?

Salah satu mitos yang sering didengar ialah suplemen sepatutnya memberikan kesan secepat ubat. Namun realitinya, suplemen dan ubat mempunyai fungsi yang sangat berbeza. Untuk memahami ini dengan lebih jelas, penting untuk membezakan peranan kedua-duanya serta memahami bagaimana suplemen memerlukan masa untuk menunjukkan kesannya kerana ia menyokong proses semula jadi badan.

Perlu faham perbezaan fungsi antara ubat dan suplemen. Ubat direka untuk menangani gejala atau penyakit dengan pantas. Contohnya, ubat penahan sakit bertindak terus pada reseptor saraf untuk mengurangkan kesakitan dalam masa yang singkat. Kebanyakan ubat mempunyai mekanisme yang sangat spesifik, seperti mengurangkan tekanan darah atau membunuh bakteria. Ubat juga boleh mengganggu atau mengubah fungsi badan untuk mencapai kesannya.

Manakala, suplemen tidak bertindak serta-merta. Ia memberi tubuh bahan yang diperlukan untuk menyokong proses semula jadi, seperti pembentukan kolagen atau peningkatan metabolisme. Suplemen berfungsi perlahan kerana ia membantu tubuh mencapai keseimbangan secara beransur-ansur. Suplemen juga tidak mengubah fungsi badan secara drastik sebaliknya membantu memperbaiki kekurangan nutrisi atau menyokong proses tertentu tanpa menyebabkan perubahan mendadak. Kebanyakan suplemen memerlukan minggu atau bulan untuk menunjukkan perubahan ketara kerana tubuh memerlukan masa untuk menyerap nutrien dan membina sistem yang kukuh.

Contohnya, Nutrijuice (untuk kolesterol). Masa yang diperlukan untuk menstabilkan kolesterol ialah sekitar 8-10 minggu. Ini kerana tubuh perlu menyerap fitosterol secara konsisten untuk mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus. Contoh lain, Gloei (untuk kulit). Penghasilan kolagen dari badan biasanya mula kelihatan dalam 4-12 minggu, bergantung kepada regenerasi sel kulit setiap individu.

Mengapa suplemen memerlukan masa?

Kerana proses semula jadi seperti regenerasi sel kulit, pembentukan otot, atau pemulihan saluran darah tidak berlaku dalam sehari. Contohnya, sel kulit memerlukan masa kira-kira 28 hari untuk diganti. Tubuh tidak menyerap semua nutrien sekaligus. Pengambilan nutrien perlu berterusan untuk membantu tubuh mencapai keperluan optimum secara perlahan. Kesimpulannya, suplemen BUKAN UBAT dan tidak boleh disamakan dengan fungsi ubat yang bertindak cepat. Sebaliknya, ia adalah sokongan jangka panjang untuk memperbaiki fungsi tubuh secara semula jadi dan menyeluruh.

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart