Cuba Jelaskan Macamana Bila Gula Darah Stabil, Badan Boleh Jadi Kurus?

Ada orang bertanya kepada GreenAard, apa kaitannya mengawal gula darah dengan kurus? Mereka tidak faham dan mahu kami jelaskan mengapa kami katakan Maaltyd boleh membantu perjalanan weight loss menjadi lebih santai.

Baiklah, begini. Weight loss adalah satu perjalanan yang memerlukan banyak pengorbanan. Anda perlu berlapar, mengurangkan makan, berhenti mengambil makanan berindeks glisemik tinggi, mengurangkan stres, dan mendapatkan tidur yang cukup. Banyak yang perlu dilakukan, dan melaksanakan semuanya sekaligus mungkin sukar. Apa kata kita mulakan dengan satu perkara terlebih dahulu, iaitu kurangkan makan.

Namun, mengurangkan makan juga bukanlah sesuatu yang mudah. Anda memerlukan bantuan. Di sini, bahan-bahan dalam Maaltyd berfungsi. Walaupun Maaltyd TIDAK secara langsung membuatkan anda kurus, ia membantu ke arah itu. Gabungan serat dalam Maaltyd memainkan peranan penting dalam menjadikan gula darah lebih stabil.

Serat dalam Maaltyd memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah, seterusnya membantu menstabilkan gula darah. Dengan gula darah yang stabil, badan tidak perlu menghasilkan insulin secara berlebihan. Ini penting kerana insulin yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan lebih banyak gula ditukar menjadi lemak.

Makanan bergula dan bertepung merangsang penghasilan insulin secara berlebihan. Semakin banyak insulin yang dihasilkan, semakin banyak lemak yang dibentuk. Oleh itu, serat dalam Maaltyd membantu menstabilkan gula darah ketika anda makan karbohidrat, supaya insulin tidak dilepaskan dalam jumlah yang berlebihan.

Selain itu, Maaltyd mengandungi White Kidney Bean yang membantu mengurangkan penyerapan karbohidrat. Apabila karbohidrat kurang diserap, kenaikan gula darah selepas makan menjadi lebih perlahan. Ini mengelakkan lonjakan gula darah (spike) yang biasanya mencetuskan pengeluaran insulin secara berlebihan. Dengan gula darah yang stabil, risiko penyimpanan lemak akibat insulin berlebihan juga berkurangan, sekali gus membantu proses penurunan berat badan.

Serat dalam Maaltyd juga membantu meningkatkan rasa kenyang. Beberapa jenis serat yang digunakan akan mengembang dalam saluran pencernaan, mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan. Ini membantu mengawal kalori, yang menjadi kunci utama dalam menurunkan berat badan.

Rasa lapar dan keinginan untuk makan berlebihan sering menjadi sebab utama anda gagal setiap kali berazam untuk kurus. Semuanya berkaitan dengan peningkatan gula darah. Oleh sebab itu, misi Maaltyd adalah untuk menangani punca ini.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart