Sains di Sebalik Maaltyd
Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana meal replacement boleh membantu menurunkan berat badan. Produk meal replacement dari GreenAard adalah Maaltyd. Jom kita tengok bagaimana Maaltyd membantu kawal kalori dan metabolisme anda. Maaltyd datang dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh dengan 120-150 ml air sejuk untuk dijadikan pengganti hidangan utama. Ia direka khas untuk memberikan semua nutrisi yang diperlukan, tapi dengan kalori yang lebih rendah berbanding hidangan biasa (hanya 49 kalori per sachet).
Maaltyd mengandungi kombinasi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, dan mineral yang seimbang. Protein dalam Maaltyd membantu memberikan rasa kenyang lebih lama. Karbohidrat yang terkawal dalam Maaltyd membantu mengekalkan tenaga tanpa anda perlu menambah kalori berlebihan. Lemak yang sihat dalam Maaltyd pula membantu penyerapan vitamin larut lemak. Selain itu, Maaltyd diperkaya dengan serat dari bahan-bahan seperti Wheat Germ Powder, Psyllium Husk, White Kidney Bean, dan Hoodia Gordonii yang membantu pencernaan dan memberikan rasa kenyang. Dalam erti kata lain, bahan-bahan dalam Maaltyd membantu melawaskan pencernaan ke tandas.
Jadi, sekiranya anda ada masalah sembelit, atau susah buang air besar, bolehlah mencuba Maaltyd. Salah satu cara utama Maaltyd membantu dalam penurunan berat badan adalah melalui kawalan kalori. Dengan menggantikan satu ATAU dua hidangan dengan Maaltyd, anda boleh mengurangkan jumlah kalori yang diambil setiap hari. Ini penting kerana penurunan berat badan berlaku apabila jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh melebihi jumlah kalori yang diambil. Protein yang tinggi dalam Maaltyd membantu meningkatkan kadar metabolisme kerana tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk mencerna protein berbanding karbohidrat. Serat dalam Maaltyd pula membantu mengawal kadar gula dalam darah, yang boleh mengelakkan lonjakan insulin dan mengurangkan risiko penyimpanan lemak berlebihan. Itu membuatkan Maaltyd sesuai diambil oleh pesakit kencing manis.