Cara untuk Menurunkan Tahap Insulin dalam Badan
Insulin adalah hormon yang memainkan peranan penting dalam mengatur kadar gula darah dalam badan. Ketika makan, terutama makanan karbohidrat, hormon insulin dilepaskan ke dalam darah untuk membantu sel-sel badan menyerap glukosa. Bermakna, ketika makan, kadar insulin dalam badan akan meningkat.
Apatah lagi jika anda memakan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti gula dan tepung, insulin akan dilepaskan dalam jumlah yang sangat banyak. Ketika kadar insulin tinggi, badan cenderung menyimpan lebihan glukosa sebagai lemak, terutamanya di sekitar perut dan paha. Insulin juga menghambat proses pembakaran lemak, yang bermakna badan cenderung menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga daripada lemak yang tersimpan.
Jika kadar insulin terus-menerus tinggi, sel-sel badan akan menjadi resisten terhadap insulin. Dengan kata lain, sel-sel tidak lagi merespons insulin dengan baik, menyebabkan kadar gula dalam darah tetap tinggi.
Serat makanan, terutama serat larut air, dapat membantu menstabilkan gula darah. Serat larut air membentuk gel dalam saluran pencernaan, memperlambatkan penyerapan glukosa ke dalam darah. Konsep inilah yang diterapkan dalam MAALTYD.
MAALTYD mengandungi flaxseed powder dan psyllium husk, yang apabila bercampur dengan air, akan membentuk gel kental dalam saluran pencernaan. Anda akan dapat melihat larutan MAALTYD berserdak, kerana bahan-bahannya membentuk gumpalan apabila terkena air.
Gel yang terbentuk dalam saluran pencernaan ini akan memperlambatkan proses pencernaan, menyebabkan glukosa dilepaskan secara bertahap ke dalam darah, mencegah lonjakan gula darah. Ketika gel ini memperlambatkan pencernaan, ia juga melambatkan rasa lapar. Ini bermakna MAALTYD dapat memanjangkan rasa kenyang.
Secara tidak langsung, MAALTYD meningkatkan sensitiviti sel-sel terhadap insulin, sehingga insulin dapat bekerja lebih efektif dalam menurunkan kadar gula darah. Walau bagaimanapun, kami tidak katakan MAALTYD adalah alternatif kepada ubat kencing manis. Jangan salah faham, ya.
Berdasarkan kajian sains makanan, serat akan dipecahkan oleh bakteria dalam usus dan menghasilkan asid lemak yang dapat menurunkan kadar insulin. Jadi, MAALTYD juga memberikan kesan yang sama apabila diminum.
Penting untuk diingat bahawa tidak semua serat sama. Serat larut air, seperti bahan-bahan dalam MAALTYD, lebih efektif dalam menstabilkan gula darah berbanding serat tidak larut. Setiap pack MAALTYD mengandungi 15 sachet. Belilah 2 untuk penggunaan selama sebulan.
