Obesiti Perut: Cara Mengurangkannya

Obesiti perut, atau visceral fat, merujuk kepada pengumpulan lemak berlebihan di sekitar abdomen, khususnya lemak yang menyelaputi organ dalaman seperti hati, usus, dan pankreas. Berbeza dengan lemak subkutan (lemak di bawah kulit yang boleh dicubit), lemak visceral lebih bahaya kerana boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti diabetes, penyakit jantung, dan sindrom metabolik.

Bagaimana Obesiti Perut Terjadi?

Obesiti perut berlaku apabila tubuh menerima lebih banyak kalori daripada yang diperlukan dan tidak cukup membakarnya. Kalori berlebihan ini kemudian disimpan sebagai lemak. Lemak visceral terbentuk apabila simpanan lemak subkutan sudah mencapai kapasiti maksimum. Mengambil banyak makanan dengan lemak tepu, gula, dan karbohidrat halus (tepung) boleh mempercepatkan pengumpulan lemak visceral.

Hormon seperti insulin, kortisol, dan leptin juga memainkan peranan penting dalam pengumpulan lemak perut. Insulin, sebagai contoh, berfungsi untuk menyimpan glukosa dalam sel-sel sebagai tenaga. Apabila seseorang sering mengambil makanan tinggi gula dan karbohidrat halus, tubuh akan menghasilkan lebih banyak insulin. Pada masa yang sama, jika tahap insulin sentiasa tinggi, tubuh lebih cenderung untuk menyimpan lemak di kawasan perut (lemak visceral).

Kortisol, juga dikenali sebagai hormon stress, akan meningkat apabila seseorang mengalami stress yang berterusan. Kortisol yang tinggi boleh meningkatkan pengumpulan lemak visceral kerana tubuh berusaha untuk menyimpan tenaga dalam bentuk lemak untuk menghadapi stress.

Genetik juga memainkan peranan dalam obesiti perut. Sesetengah orang mungkin mempunyai kecenderungan genetik yang menyimpan lebih banyak lemak di bahagian perut berbanding bahagian badan yang lain.

Bagaimana GC Plus dan Maaltyd Boleh Membantu Mengurangkan Obesiti Perut?

GC Plus mengandungi garcinia cambogia, yang merupakan bahan aktif yang terkenal dalam membantu mengurangkan berat badan. Garcinia cambogia mengandungi asid hidroksisitrat (HCA) yang membantu mengawal selera makan dan menghalang enzim menukarkan kalori berlebihan kepada lemak. Dengan mengurangkan pembentukan lemak, terutamanya di kawasan perut, GC Plus dapat membantu mereka yang mengalami obesiti perut untuk menurunkan berat badan. Selain itu, GC Plus juga membantu meningkatkan kadar metabolisme badan, yang mana ini membantu dalam membakar lebih banyak kalori, walaupun semasa rehat. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa kalori yang diambil tidak disimpan sebagai lemak visceral.

Maaltyd adalah pengganti makanan (meal replacement) yang diformulasikan untuk memberikan nutrisi lengkap tetapi dengan jumlah kalori yang lebih rendah. Maaltyd mengandungi bahan-bahan seperti flaxseed, wheat germ powder, psyllium husk, dan white kidney bean, yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama. Ini penting untuk mereka yang berusaha mengurangkan lemak perut kerana salah satu cabaran utama adalah mengawal selera makan. Flaxseed dan psyllium husk, sebagai contoh, kaya dengan serat yang dapat memperlahankan penghadaman, mengawal tahap gula dalam darah, dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Apabila seseorang kurang berasa lapar, pengambilan kalori harian akan lebih terkawal, dan ini seterusnya membantu mengurangkan lemak perut.

Maaltyd mengandungi white kidney bean yang dikenali sebagai penghalang karbohidrat. Bahan ini membantu menghalang penyerapan karbohidrat yang berlebihan, yang mana ini boleh membantu mengawal tahap insulin dan mengurangkan pengumpulan lemak di kawasan perut.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart