GC Plus

Kenapa masih terasa lapar walaupun selepas makan?

Kebanyakan orang kata kalau terasa lapar, kena makan. Tapi dalam beberapa kes, lepas makan pun masih terasa lapar. Dan tak mustahil anda rasa semakin lapar walaupun setelah habis makan. Kenapa berlaku macam ni?

Ini berlaku kerana kelaparan tak dikawal oleh satu bahagian badan saja. Kelaparan juga terhasil akibat dari interaksi antara aliran darah, pankreas, otak, usus dan perut. Kalau anda tak makan makanan yang betul, anda akan terasa cepat lapar walaupun setelah selesai makan. Kalau anda masih terasa lapar sesudah makan, ini mungkin antara penyebabnya :
 
1. Makan dengan terlalu cepat
Dalam badan kita ada sejenis hormon yang dirembeskan untuk memberi rasa kenyang. Kalau anda makan dengan terlalu cepat, hormon ni tak cukup masa untuk bertindak ke atas makanan yang anda makan tadi. Selalunya hormon ini perlukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk mencetuskan rasa kenyang. Cuba makan dengan perlahan, nanti anda akan rasa kesan kenyang tu. Rasulullah saw sendiri pun mengajar untuk mengunyah dengan perlahan kan? Secara tak lansung, bila kita makan dengan perlahan-lahan, ini juga membolehkan makanan 'diatur' dengan lebih teratur dalam perut lantas memudahkan ianya diproses.
 
2. Tak bersarapan
Siapa skip sarapan, bersedialah untuk merasa cepat lapar sepanjang hari walaupun selepas makan. Kalau nak diet sekalipun, cuba kekalkan pengambilan sarapan tetapi ubah menu anda kepada makanan berserat dan berprotein. Itu lebih bijak.
 
3. Kurang minum air
Makanan yang rendah kandungan air juga boleh buatkan anda merasa lapar. Cuba makan salad dan sayur-sayuran kerana kandungan air dalamnya adalah tinggi. Walaupun sayuran tak mengandungi banyak kalori, tapi ia memberikan perut anda rasa 'penuh'. Lagi satu, cuba minum teh hijau sebab teh hijau menyekat selera makan. Siapa yang ambil GreenAard GC Plus tak perlulah ambil teh hijau lagi sebab dalam GC Plus pun dah ada ekstrak teh hijau.
 
4. Jangkitan cacing pita
'Serangan' cacing pita adalah salah satu sebab anda berasa lapar selepas makan. Cacing pita bukan hanya ada pada babi, tapi juga ikan dan daging lembu. Ia boleh meningkatkan selera makan anda, kerana apabiola parasit duduk dalam perut dan makan nutrien daripada makanan anda, keadaan ini akan buatkan anda sentiasa lapar. Cepat, cari ubat cacing!
 
5. Tahniah! Anda mengandung.
Walaupun anda dikatakan makan untuk 2 orang, tak perlulah gandakan makanan anda semata-mata untuk tujuan tu. Memang anda cenderung untuk makan lebih dari normal (sebelum mengandung) sebab apabila mengandung, hormon anda akan menggangu selera makan membuatkan anda sentiasa berasa tidak kenyang dan mengidam untuk mengunyah pelbagai jenis makanan. Tapi hati-hati ya, sebab perasaan sentiasa nak makan sewaktu mengandung boleh jadi tanda-tanda awal diabetis.
 
6. Kencing manis
Insulin tak mengurangkan selera makan, tapi jika reseptor badan anda tidak bertindak balas dengan betul, anda mungkin akan merasa sentiasa lapar.
 
7. Masalah tiroid
Hipertiroidisme menyebabkan kadar metabolisma anda meningkat, bermakna badan anda menggunakan lebih banyak kalori daripada biasa. Kalau anda ada hipertiroidisme, anda perlu menambah kalori, menyebabkan anda lapar dengan lebih kerap dan selera makan bertambah.
 
8. Banyak minum minuman ringan
Jus dan soda mengandung kandungan fruktosa yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi ini mengurangkan aliran darah dan aktiviti di dalam kawasan yang mengawal selera makan (pada bahagian otak). Fruktosa membuatkan badan kurang menggunakan leptin. Leptin inilah hormon yang membuatkan kita berasa kenyang. Bila fruktosa tinggi dalam badan, leptin akan kurang dirembeskan, seterusnya membuatkan anda sentiasa berasa tak kenyang-kenyang. Sebab itulah, kurangkan minum minuman ringan kerana ia bukan saja tak bagus untuk kesihatan tetapi membuatkan anda sentiasa berasa nak makan.
 
9. Ambil sedikit makanan berserat atau berprotein
Makanan yang mempunyai serat dan protein yang mencukupi akan menghasilkan lebih banyak hormon yang menyekat selera makan dan keinginan untuk makan. Ini bermakna, kalau anda kerap makan makanan tanpa serat dan protein, contohnya seperti makanan segera (fast food), anda mungkin merasa lapar dengan cepat.
 
10. Perubahan hormon
Hormon juga boleh membawa kepada kelaparan, terutamanya birth control hormon.
 
11. Dehidrasi
Mungkin sebenarnya anda bukan lapar, tapi dehidrasi. Dehidrasi memberi efek yang sama dengan kelaparan. Kadang-kadang anda keliru adakah anda sebenarnya benar-benar lapar atau dehidrasi. Jika rasa lapar selepas makan, cuba minum air dan tunggu selama 15 minit. Selalunya rasa lapar ini akan hilang setelah 15 minit. Itupun jika anda benar-benar dehidrasi.
 
12. Pengambilan ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti steroid, antidepresan dan antihistamin boleh meningkatkan selera makan.
 
13. Faktor emosi
Pakar psikologi mengatakan sekiranya anda berasa lapar, cuba bayangkan atau lihat makanan kegemaran anda. Kalau anda merasa ianya menyelerakan, maknanya anda benar-benar lapar. Kalau tak, anda sebenarnya sedang bosan sebab tu terasa lapar. Selain dari itu, bila seseorang berada dalam keadaan tertekan, dia cenderung untuk memilih makanan berlemak, bergula dan bergaram kerana makanan ini akan mengurangkan rasa tekanan tersebut.
Diana Ishak
Read more
Makan pisang waktu pagi kalau nak cepat kurus.

Makan pisang waktu pagi kalau nak cepat kurus.

 

Dah breakfast?

Kalau belum, ikut petua kami ni.
Kalau nak kalori dibakar dengan lebih cepat di waktu pagi, pastikan setiap pagi ambil pisang.
Makan banyak pisang pun takpe.
Sebab, pisang ni ada RESISTANT STARCH yang meransang badan untuk menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.

Lagi satu, pisang kandungan serotoninnya tinggi.
Serotonin ni selain dari melancarkan penghadaman, ia juga membuatkan kita merasa kurang berasa lapar.

Jangan lupa, dalam GreenAard GC Plus juga ada herbs yang meransang penghasilan serotonin. Sebab tu siapa ambil GreenAard GC Plus, kurang berasa lapar dan lawas ke tandas.

Bayangkan bila you all ambil GreenAard GC Plus dengan pisang, hasilnya confirm meletop!

 

 

Diana Ishak
Read more

Kenapa lapar selepas makan ubat kurus?

Badan kita ni analoginya adalah seperti sebuah kereta.

Semakin lama kita memandu, lebih banyak petrol yang diperlukan untuk dia bergerak lebih jauh.

Jadi, jika anda baru memulakan rutin senaman baru, anda akan dapati diri anda alami tahap kelaparan luar biasa selepas bersenam.

Kesilapan ramai orang adalah bila berhadapan dengan kelaparan luar biasa ni, mereka cenderung untuk makan apa saja dalam kuantiti yang banyak.

Apa sebab kelaparan tu membuatkan anda makan dengan terlalu banyak?

Kerana apabila lapar, anda cenderung untuk ambil apa saja asalkan kenyang. Malangnya, apa yang dimakan itu bukanlah zat yang diperlukan oleh badan ketika itu. Disebabkan itulah, walau anda telah makan dengan banyak, anda masih berasa lapar.

Yang kedua, bila anda tahu anda bersenam, secara piskologinya anda merasakan yang anda berhak untuk makan apa saja kerana anda telahpun 'burn' a few calories. Sebenarnya salah! Kalori yang dibakar semasa bersenam belum tentu menyamai kalori makanan anda tadi. Inilah juga yang terjadi untuk sesetengah pengguan GreenAard. Memang ada pengguna GreenAard GC Plus yang mengadu mereka cepat lapar. Ini yang dikatakan sebagai psikologi. Apabila otak kita tahu kita sedang mengambil pil kurus, secara otomatik ia akan melahirkan perasaan "I have magic pills, so I can eat anything". Ini sebenarnya yang membuatkan anda merasa kerap lapar.

 

 

Diana Ishak
Read more
Kenapa berat badan pada penimbang tak menunjukkan penurunan berat tapi baju-baju lama dah boleh pakai semula?

Kenapa berat badan pada penimbang tak menunjukkan penurunan berat tapi baju-baju lama dah boleh pakai semula?

 

 

Ini antara soalan favourite yang kami selalu terima.

"Berat maintain, tapi jeans yang lama dah boleh pakai balik!"

Walaupun penurunan berat badan dan kehilangan inci (inch loss) adalah berkaitan, tapi mereka tak selalu wujud bersama-sama. Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk kehilangan inci dan tidak kehilangan berat badan terutama di peringkat awal penurunan berat badan.

Apabila you all turunkan berat badan, you all kerap akan mengalami kehilangan inci. Kehilangan berat badan dan inci ditentukan oleh komposisi badan. Peningkatan dalam jisim otot (muscle mass) akan mengecutkan badan, tapi menjadikan otot menjadi lebih berat daripada lemak. Oleh itu, berat otot yang meningkat boleh menghalang you all daripada nampak penurunan berat badan. Dalam beberapa kes, boleh menyebabkan kenaikan berat badan, walaupun badan anda kelihatan mengecil.

Sebab tu ada yang confuse kenapa kawan yang ambil GreenAard turun berkilo-kilo tapi berat dia di penimbang tak turun pun. Tapi, baju-baju lama semua boleh pakai balik. Ini adalah kerana GreenAard GC Plus dah diformulakan untuk menambahkan jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass). Fokus kita adalah untuk kurangkan body fat. Bukan semata-mata nak bagi you all look kerempeng :)

 

 

 

Diana Ishak
Read more
Kenapa bawang putih ada dalam GC Plus dan Nutrijuice?

Kenapa bawang putih ada dalam GC Plus dan Nutrijuice?

 

 

Dalam kedua-dua produk GreenAard, GC Plus dan Nutrijuice, kami gunakan bawang putih. Ini menjadikan bawang putih bahan terpenting dalam penghasilan produk di bawah jenama GreenAard. Tapi kenapa bawang putih yang jadi pilihan?

Bawang putih sebenarnya terlalu kaya dengan khasiat. Bahan terpenting dalam bawang putih adalah Allicin. Tapi, allicin akan hancur apabila dimasak, menjadikan khasiat bawang putih ini tadi berkurangan. Kalau nak dimakan bawang putih mentah-mentah, baunya yang 'kurang sedap' tu terasa tak tertelan dek anak tekak. Sebab itulah GreenAard gunakan bawang putih dalam GC Plus dan Nutrijuice. Bawang putih ini dikisar tanpa dimasak untuk mengekalkan khasiat Allicin.

Jadi, apa khasiat bawang putih?

✔️ menghapuskan lemak dari sel badan.

✔️ memerangi Candida, iaitu kulat yang menjadi salah satu punca kegagalan menurunkan berat badan.

✔️ merendahkan tekanan darah.

✔️ mengurangkan kolesterol LDL (jahat).

✔️ antioksidan yang kuat.

✔️ memperbaiki prestasi fizikal pesakit jantung. 

 

 

Diana Ishak
Read more
Senaman kempiskan perut. 10 minit je pun!

Senaman kempiskan perut. 10 minit je pun!

 

 

Siapa kata senaman ringan-ringan kat rumah tak boleh bantu kuruskan badan? Tak perlu nak ke gym sangat. Boleh buat kat rumah je. Sambil tengok TV, sambil work out. Ni kami bagi guideline senaman untuk kempiskan perut.

Sebagaimana yang korang tau, GreenAard tak attack specific part of your body. GreenAard mengurangkan berat badan secara keseluruhan. Jadi, kalau ada yang kata "Saya cuma nak kempiskan perut"- there's no other way selain dari buat belly exercise.

Boleh ikut guideline dalam gambar. Boleh buat semuanya atau pilih 2-3 je pun takpe. Yang penting, kena buat secara rutin. Kalau hari ni buat, lepas tu stop seminggu then sambung balik, buat sehari, stop 8 hari, marilah mereput. Eh.

 

 

 

Diana Ishak
Read more
Berat badan susah nak turun. Mungkin ada kaitan dengan tiroid. Macamana nak check?

Berat badan susah nak turun. Mungkin ada kaitan dengan tiroid. Macamana nak check?

 

 Orang yang ada masalah tiroid selalunya susah untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Pelbagai jenis diet dah dicuba tetapi badan tetap 'liat' nak turun. Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita sedang mengalami masalah tiroid. Kami nak korang try ujian kenalpasti masalah tiroid ni di rumah. Ikut saja langkah-langkah pada gambar.

 

 

 

Diana Ishak
Read more

Penawar sembelit. Gerenti ke jamban dalam masa tak sampai 1 jam.

 .

MASALAH DUNIA ADA 3 JE :

--> PERIOD TERSUMBAT.
--> MENERAN 2 JAM DALAM JAMBAN TAPI "OUTPUT" TAK MEMBERANSANGKAN.
--> SPARE-TYRE MAKIN HARI MAKIN BERLIPAT.

.
Korang ada problemo-problemo di atas?
Dah jumpa jalan penyelesaian ke belum?
Kalau belum, abang nak tunjuk korang jalan yang lurus untuk atasi masalah korang tu.

Pernah dengar GC PLUS?
Kalau belum pernah dengar memang patut la masalah korang tak selesai-selesai.

Ramai dah yang ada masalah period tersumbek, tak datang 4-5 bulan, alih-alih lepas mencekik GC Plus ni, elok je pulak datang periodnya. Susah sebenarnya kalau period asik tersangkut-sangkut ni. Payah nak target waktu kesuburan.

Lagi satu sembelit.
Adoiiiiii. Biar cirit, jangan sembelit bak kata jiran belakang rumah abang.
Sembelit ni dia punya hazab mak aiiiii, sampai naik migrain angin-angin toksin tu naik ke kepala.
Perut pun dah macam membusung je. Keras penuh angin.
Dia punya memulas tu macam dah nak keluar sangat, tapi 2 jam mencangkung dalam jamban sempat habis tengok Polis Evo se-round, "öutput" tak keluar-keluar jugak. Tak naik darah kau??

Last sekali spare-tyre.
Yang ni masalah dunia ketiga. Abang taknak cerita lelebih la masalah ni sebab satu dunia ada masalah ni. Korang tengok lah sendiri kat ruangan testimoni betapa banyak masalah dunia ketiga yang dah pun diselesaikan. Mih mih mih.

Diana Ishak
Read more

Haid tak datang berbulan-bulan. Normal?

Kitaran haid yang normal adalah 28 hari.
Kalau tercepat atau terlambat pun tak sepatutnya melebihi tujuh hari. Pendarahan haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih kerap daripada setiap 21 hari atau pendarahan ambil masa lebih dari 8 hari.

Dalam kebanyakkan kes, haid yang tak teratur adalah disebabkan "anovulation", suatu keadaan di mana ovulasi tak berlaku semasa kitaran haid yang biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang sangat teruk. Selalunya ini ada kaitan dengan masalah kesuburan hingga susah untuk hamil. Tapi, kadang-kadang kitaran haid yang tak teratur mungkin juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang biasa-biasa saja. Maksudnya, ovulasi berlaku tapi proses ovulasi berbeza dari bulan ke bulan. Itulah sebab kenapa ada masanya terlambat datang haid, atau terawal, ataupun datang 2 kali dalam sebulan. Selalunya kitaran sebegini hanya bersifat sementara.

Faktor-faktor berikut boleh menyebabkan haid yang tak teratur :

1. Bersenam dengan kadar yang melampau.

2. Berdiet secara mendadak.

3. Tertekan atau kegelisahan boleh mendatangkan ketidakseimbangan hormon dan menggangu kitaran haid.

4. Pil perancangan boleh buatkan tempoh kitaran menjadi lebih singkat, atau menyebabkan anda terlepas tempoh atau kurang/lebih kerap tempoh kitaran haid.

5. PCOS. Keadaan di mana terbentuknya cyst pada ovari yang menggangu proses ovulasi. Di samping kesuburan terganggu, pengidap berpotensi mendapat diabetis dan sakit jantung dalam jangka masa panjang.

6. Tiroid. Masalah tiroid juga menyebabkan gangguan kitaran haid jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi.

7. Umur. Semakin meningkat usia (atau semakin mendekati menopos), kitaran haid akan ada sedikit gangguan.

 .

 .

Bahan-bahan di dalam gambar bagus untuk memperbetulkan kitaran haid. Perlu diambil dalam kuantiti yang dibenarkan saja. Kedua-kedua GC Plus dan Nutrijuice ada bahan-bahan ini, dan diformulakan untuk tujuan itu.

Diana Ishak
Read more

Berapa botol GC Plus agak-agak nak kena beli untuk kurus?

 

Satu lagi soalan yang selalu ditanyakan oleh pengguna GC Plus - "Kenapa berat saya turun 2kg je sebulan tapi kawan saya turun sampai 6kg?"

Ada yang turun hanya 1kg sebulan. Ada yang turun 4kg sebulan. Ada yang 19kg sebulan! (ni bukan main-main ya, kami ada testimoni ni). Banyak atau tidak perbezaan kadar penurunan tu satu cerita lain. Cerita yang lebih penting kat sini adalah apa yang you all dah buat untuk dapatkan turun berat sampai berbelas kilo tu.

Sebenarnya, penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 400g-900g seminggu. Tapi kalau you all turun berat badan sehingga 19kg sebulan bukanlah tak sihat. Masih selamat. Persoalannya sekarang bukan banyak mana mampu turun. Tapi cara apakah yang digunakan untuk turun tu.

Kalau setiap hari you all togok air limau nipis, air lemon, air perahan cili, memang la cepat turun berat tapi itu adalah penurunan berat yang TIDAK SELAMAT. Tapi kalau you all makan makanan yang sihat dan natural 3 kali sehari (bukan makan ringan atau makanan proses), di samping 10 minit buat jumping jack setiap hari, walaupun kelihatan you all seperti banyak makan dan malas bersenam (sebab buat 10 minit je), ia adalah penurunan berat badan yang sihat sekiranya mampu turun walaupun 2kg saja sebulan.

 .

JADI, BERAPA BANYAK BERAT PATUT SAYA KURANGKAN?

Kalau berat badan badan you all sekarang 58kg, dan berat ideal adalah 50kg, maknanya you all perlu turunkan 8kg saja lagi. Itu tak mustahil. Tapi kalau bercita-cita nak turunkan 8kg dalam masa seminggu (dengan cara yang sihat), itu mustahil.

Sebab apa mustahil?

Sebab kau bukan peserta The Biggest Loser yang beratnya menjangkau 172kg. Mereka yang berbadan besar di tahap obesiti ini lebih mudah hilang 8kg seminggu kerana faktor kehilangan berat air pada minggu pertama. Ini memang 'general rule' dimana, lebih banyak berat badan yang perlu diturunkan, lebih mudah untuk hilang berat.

BERAPA BOTOL AGAK-AGAK SAYA KENA BELI UNTUK KEMBALI KE BERAT BADAN SIHAT?

Ini lagi satu soalan yang payah nak jawab.

Walaupun GC Plus bantu untuk capai berat ideal, tapi perasan tak tak semua orang turun amaun berat yang sama sebulan. Ada yang turun 1kg, ada yang 5kg, ada yang 10kg. Salah satu faktornya kita dah bincangkan di point atas tadi.

Faktor seterusnya adalah gaya hidup.

Kalau The Biggest Loser tu lain. Memang mereka ada sepanjang hari untuk dedikasikan diri kepada pelbagai aktiviti yang boleh bantu ke arah penurunan berat badan. But kita-kita yang di luar program itu ada banyak lagi benda nak buat. 

Ada yang kerjanya sepanjang hari depan PC.

Ada yang kerjanya berjalan ke sana-sini naik tangga turun tangga jumpa customer.

Ada yang kerjanya di site, kerja berat.

Aktiviti kita tak sama. Dan aktiviti ini mempengaruhi cepat atau lambat penurunan berat badan. 

Tapi, kami nak tanya. Kenapa you all nak turunkan berat badan yang banyak dengan cepat? Ada yang tanya "Sempat tak saya turunkan 15kg dalam masa 2 bulan?"

Amboiiii. Nak kawen ke apa ni?

Pernah tak terfikir apa yang akan terjadi selepas berat badan you all turun dengan banyak secara mendadak?

Kami sokong sesiapa saja yang letakkan sasaran dan matlamat untuk capai berat badan ideal dalam sekian-sekian masa, tapi kami pelik kenapa letakkan sasaran dalam masa yang singkat?

Berikan masa untuk badan anda berubah. Letakkan matlamat itu perlu, tapi biar ia berlaku dengan santai dan tenang. Berikan masa untuk badan pulih dan bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku apabila ambil GC Plus.

Sebab, lebih cepat berat badan you all turun, lebih cepat berat tu datang balik. Haaa, takut tak?

Kehilangan 4kg seminggu selalunya, hujung bulan nanti 4kg ni datang balik kat you all. Tapi, hilang 4kg sebulan selalunya ia kekal hilang.

Percayalah! 

Diana Ishak
Read more

Hari-hari balun Starbucks lepas tu tanya apesal berat payah nak turun walaupun dah ambil GC Plus. Mati mak nak layan soklan macam ni nokkk!

 

Hari-hari pekena Starbucks lepas tu tanya balik apesal tak kurus-kurus. Mati mak nak layan soklan macam ni nokkk.

 .

Ramai customer GC Plus yang mengalami penurunan berat badan tanya soalan "Ada tak tips supaya berat saya turun dengan lebih cepat?"

Amboiii. Sebulan turun 2-3kg tak cukup ke kak.

Takkan sebulan nak turun sampai 15kg kot.

Kami selalu bagi tips - ELAKKAN MAKANAN MANIS/BERGULA.

Terus masing-masing buat muka tempe. Tak puas hati lettewww tak boleh pekena Starbucks.

 .

NANTI!

Bukan tak boleh ambil makanan bergula. Kalau nak ambil, ambillah. Tapi lepas tu jangan komplen kenapa berat badan makin bertambah, kenapa berat badan statik, kenapa berat badan susah nak turun, bla bla bla. Dah kau yang nak makan makanan manis sangat tadi kan?

Tapi memang betul. Bila kita kurangkan makanan bergula, badan secara automatik membuang banyak kalori.

Kenapa?

Kalau you all makan satu sudu teh gula, itu saja dah 16 kalori. Tapi yang tu takpe. Sebab itu hanyalah gula semata-mata. Bila you all makan makanan bergula contohnya kek, tu bukan sahaja makan gula tapi makan kanji dan lemak sekali (dah tentu kalau buat kek mesti ada tepung, lemak dan gula kan?)

Ok kita ambil contoh mudah - biskut.

Dalam sekeping biskut ada 12% gula. Jadi yang selebihnya apa?

88% daripada sekeping biskut tu adalah lemak dari mentega/marjerin dan kanji tepung! Tu baru sekeping. Takkan makan biskut takat sekeping kot. Kurang-kurang setengah paket sekali hadap. So, amacam? Kira la. Hahaha.

Maksudnya di sini, gula bukanlah isu utama. Yang menjadi isu adalah makanan bergula. 

Apa contoh makanan bergula? 

BANYAK!

Aiskrim Magnum (slurppp!), caramel frappucino, cupcakes, biskut, coki-coki, lolipop, etc.

Semua ini dikategorikan dalam kategori makanan ringan (junk food). Makanan ringan ni kalau tak makan pun tak apa. You all akan jadi lebih sihat kalau tak makan makanan ringan ni pun. Sebab makanan ringgan PASTI akan melibatkan lemak yang banyak, kanji yang banyak, bahan perisa, bahan pengawet dan pewarna. Dan makanan ringan KONFEM bukan makanan serat tinggi. 

 .

Jadi, apa aje makanan yang boleh dimakan?

Sebab itu kami selalu sarankan MAKAN APA SAJA TAPI PASTIKAN 'EAT CLEAN'.

Jadi, apa itu EAT CLEAN?

"Eat Clean" maksudnya makan makanan tanpa pengawet, tanpa perisa, tanpa pewarna tambahan, dan tidak manis-manis.

Kat mana nak dapat semua makanan jenis tu?

EAT FRESH!

Nasi goreng boleh makan, nasi paprik boleh makan, sup tulang boleh makan, tomyam campur pun boleh. Eh banyaklah!! 

 .

KALAU MAKANAN BERGULA TAK BOLEH AMBIL, HABIS TU MANA NAK DAPATKAN SUMBER GULA?

Syabas Inspektor Sahab! Good question!

Sumber gula terbaik adalah buah-buahan. Silakan kunyah buah lepas ni ya?

Jangan risau. Bukan tak boleh ambil lansung, sesekali boleh la nak lepaskan gian. Tapi selalunya bila kita dah mula, kita susah nak stop. Kalau you all jenis berdisiplin boleh buat jadual seminggu hanya ambil satu makanan bergula saja, lainlah. Masalahnya semua jenis pantang dengar perkataan "BOLEH AMBIL SEKALI-SEKALA". Yang perlu diambil sekali-sekala adalah makanan bergula ya, bukan sekali-sekala berhenti makan makanan bergula.

Kesimpulannya, you all tak perlu berhenti gula sepenuhnya untuk meningkatkan kesihatan dan kembali ke berat badan ideal. Kesederhanaan, seperti biasa, adalah kunci kesihatan. Walau bagaimanapun, kalau you all serius nak turunkan berat badan, kami memang sangat percaya bahawa makan makanan ringan dan bergula adalah sesujatu yang perlu dielakkan (atau dikurangkan). Makanan bergula memang sedap. Nak lagi Coke. Tengah-tengah panas kalau dapat coke sejuk-sejuk memang kaw! Masalahnya coke tak ada yang kurang manis ya, bang. Try la pegi mamak mintak "Mamak! Coke kurang manis satu!". Kena libas dengan mamak tu baru tau.

Lepas ni rajin-rajin makan buah ok? Jangan berhenti makan fresh fruit!

 .

Diana Ishak
Read more

Ada darah tinggi tapi nak ambil GC Plus jugak!

  

 .

Alahaiiii, ramainya nak cuba GC Plus tapi ada penyakit darah tinggi. Camne, boleh ke?

Ok, look.

Realitinya kandungan GC Plus cumalah Garcinia Cambogia (buah asam) dan herba kampung sahaja. Di samping tu kIta ada letak sikit habatussauda. Garcinia Cambogia ni adalah sejenis buah. Jadi, ianya tak berbahaya. GC Plus juga tak mengandungi sebarang bahan perangsang yang boleh bagi kesan negatif kepada pesakit darah tinggi. Jadi, secara amnya, GC Plus tak merbahaya kepada penghidap darah tinggi.

 .

Ye la, tapi boleh ke tak kami ambil GC Plus?

Sabaq laaaaa. Bagi cheq cerita dulu.

Pertama sekali penting untuk tau bahawa setiap pengguna MESTI patuh pada dos yang disyorkan apabila mengambil sebarang makanan tambahan, khususnya GC Plus. Kalau dah kata ambil 4 biji, maka 4 biji. Jangan ingat makan 8 biji tu dan-dan tu boleh kurus. Takde maknanya!

Satu lagi perkara penting untuk difahami adalah asid hydroxycitric (HCA) yang merupakan elemen penting dalam GC Plus bukanlah sesuatu yang belum pernah wujud di mana-mana. HCA ni pun ada dalam buah-buahan sitrus yang lain tapi ia lagi banyak dijumpai dalam Garcinia Cambogia.

Melalui kajian makmal, HCA ni boleh menyebabkan kesan sampingan yang serupa dengan makanan tambahan yang mengandungi kafein, iaitu tekanan darah tinggi dan kadar jantung meningkat!

Hah, tu dia! Kecut perut dengaq.

Tapi, nanti dulu.

Penyelidikan ke atas Garcinia Cambogia tak menunjukkan pun ia menyebabkan tekanan darah tinggi. Jadi, sesiapa penghidap darah tinggi kalau nak guna GC Plus sebenarnya boleh, TAPI perlu langkah berjaga-jaga. 

Kita tak kata GC Plus tak boleh diambil. Yang kita bimbangkan adalah bila Garcinia Cambogia dan herba-herba di dalam GC Plus ini berinteraksi dengan ubat-ubatan yang diambil oleh penghidap darah tinggi. Kebimbangan ni wujud atas sebab-sebab yang baik. Bukan kami tak bagi you all kurus, tapi adalah lebih baik tumpukan dulu pada ubat-ubatan yang doktor dah bekalkan. Kita taknak ganggu ubat darah tinggi tu 'bekerja'. Itu saja. Jangan marah naaaa.

Dalam bahasa lagi mudah faham, pengidap darah tinggi tak payah la ambil GC Plus. Kita taknak nanti lebih banyak kesan sampingan pulak dari manfaat bila ambil GC Plus. Walaubagaimanapun, kalau nak jugak ambil GC Plus, perlu dapatkan nasihat doktor.

 .

So kalau saya nak ambil juga GC Plus, apa yang saya patut pertimbangkan?

Yang paling penting, MESTI periksa dos pengambilan GC Plus. Periksa, fahamkan, dan hormati dos pengambilan. Jangan main belasah je. 

Apa-apa pun pergi jumpa doktor yang merawat penyakit korang. Sebab tekanan darah tinggi ni ada yang 'mild' ada yang 'critical'. Jadi mereka lebih arif tentang kemampuan badan you all menerima GC Plus.

Tapi yang TERPALINGGGGGG penting sekali, cuba tanya balik diri, "Adakah saya benar-benar perlu ambil GC Plus?'.

Tanya elok-elok ok? *hehehhe*

Kalau tak perlu, tak payah ambil. 

Kalau matlamat you all adalah untuk turunkan berat badan, dalam masa yang sama you all ada darah tinggi, maka ada beberapa perkara yang anda perlu ingat (yang telah dinyatakan di atas). Apa-apa saja bentuk mekanan tambahan dari herba akan ada risiko bila berinteraksi dengan ubat-ubatan darah tinggi. Jadi, ini memang satu risiko yang perlu ditimbang dengan teliti. Walau macamanapun GC Plus adalah selamat, ada KKM, ada Halal. Tapi, untuk pengidap darah tinggi, mohon dapatkan nasihat doktor dulu.

.

Diana Ishak
Read more
332 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart