Air kencing boleh bagi petunjuk tahap kesihatan.

Hari tu kita dah berkenalan dengan najis masing-masing. So, dah cukup kenal dengan najis sendiri? Ok, now kita nak kenal-kenal dengan air kencing pulak.

Siapa kata, air kencing tak bawa apa-apa makna dalam hidup? Ada! Cuma kita je yang selalu ambil ringan. Masuk toilet, kencing, flush dan done. Tu je. Tak pernah terfikir pun kenapa semalam air kencing berwarna crystal clear, hari ni warna keladak? Jadi, sekarang abang nak korang berkenalan dengan PEE.

 

Pernah terfikir tak kenapa air kencing kita kadang berwarna kuning pekat, kadang kuning cair, dan kadang warna jernih? Dalam mata pelajaran biologi semasa di sekolah, cikgu cuma bagitau air kencing menjadi warna kuning kalau kurang minum air. Jadi, kalau nak air kencing warna putih (jernih) maka banyakkan minum air masak. Itu saja. Tapi sebenarnya anda perlu perhatikan betul-betul warna air kencing kerana ia bagi petunjuk awal tahap kesihatan.

1. Kuning pekat

Ini mungkin akibat dari pengambilan vitamin atau makanan tambahan. Vitamin B dan beta karotena khususnya akan memberikan warna kuning pekat pada air kencing.

2. Warna keruh

Air kencing yang keruh boleh jadi tanda-tanda UTI atau batu karang.

3. Berbuih

Air kencing berbuih adalah disebabkan oleh sejumlah besar protein dalam diet anda.

4. Merah

Makanan (pewarna) boleh menjadi penyebab air kencing menjadi merah, tetapi ia juga boleh menunjukkan kehadiran darah dan sekiranya ini berlaku, this is very serious. 

5. Oren

Jika anda banyak makan blackberry dan rhubarb, kencing berwarna oren adalah sesuatu yang dah djangka. Atau sekiranya anda mengambil ubat-ubatan tertentu. Ia juga boleh jadi tanda-tanda penyakit kuning dan dehidrasi.

6. Hijau

Ada kaitan dengan pemakanan, sama ada asparagus, teh hijau, atau sesuatu dengan pewarna hijau, atau ubat-ubatan dan makanan tambahan tertentu. Untuk beberapa ketika di awal pengambilan GreenAard GC Plus, anda akan dapati air kencing anda bewarna kehijauan akibat dari kandungan teh hijau dalam produk tersebut. Jangan takut, anda takkan bertukar menjadi Hulk.

 

Air kencing anda boleh beritahu banyak perkara tentang kesihatan anda. Walaupun warnanya sahaja sudah boleh menjadi petunjuk yang cukup baik untuk tahu tentang tahap penghidratan, tabiat pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan, bau boleh juga boleh jadi petunjuk tentang apa yang berlaku dalam badan. Kerana air kencing yang normal akan hasilkan kurang bau sekiranya badan anda cukup air. Jadi, kalau kencing anda berbau, mungkin antara sebabnya adalah :

1. Dehidrasi

Jika anda tak minum air yang cukup, air kencing anda menjadi lebih pekat dengan bahan buangan dan warnanya menjadi lebih gelap serta baunya menjadi lebih kuat. Cuba minum lebih banyak air supaya bau kembali normal.

2. Jangkitan saluran kencing/pundi kencing

Jangkitan pada pundi/saluran kencing akan membuatkan air kencing anda berbau agak busuk. Jangkitan yang dimaksudkan boleh jadi UTI atau radang pundi kencing (cystitis). Jika air kencing anda berbau kuat dan busuk, cepat-cepat jumpa doktor.

3. Terlampau banyak minum kopi

Kopi ada hasil sampingan (by product). Hasil sampingan ini selalunya akan hasilkan bau yang kuat pada air kencing. 

4. Banyak makan bawang, termasuk bawang putih

Kalau anda banyak makan masakan menggunakan bawang, bukan saja kencing anda berbau malah nafas dan peluh anda juga berbau. Tapi, kekuatan bau bawang yang telah dimasak tak setanding dengan bawang yang dimakan mentah. Pengguna-pengguna GreenAard GC Plus khasnya pasti perasan akan hal ini kerana GC Plus menggunakan bawang putih mentah - tak dimasak, tak diproses - hanyalah bawang putih yang dikisar mentanh-mentah dan dimasukkan ke dalam kapsul. Ini membuatkan air kencing sedikit berbau. Tapi, kalau anda berasa kurang selesa, minumlah banyak air, nanti baunya akan hilang. Kenapa kami menggunakan bawang putih mentah dalam GC Plus adalah kerana ia bertindak dengan lebih baik sekiranya dimakan mentah.

5. Anda makan asparagus

Sama seperti petai dan jering, asparagus juga memberi bau yang kurang menyenangkan pada air kencing. Akan tetapi, tak semua yang makan asparagus akan alami bau kencing yang busuk. Pelik kan? Sebab, dalam badan manusia ada sejenis enzim khas untuk memproses asparagus. Yang ajaibnya, tak semua manusia memiliki enzim ini. Hanya manusia yang memiliki enzim ini saja yang tahu betapa busuknya air kencing setiap kali lepas makan asparagus. 

6. Diabetis

Zaman dulu kala, para dokter mengesahkan penyakit diabetis dengan merasa air kencing pesakit - sekarang tak lagi. Tetapi, untuk mereka yang belum di-diagnos dengan diabetis pun boleh periksa tanda-tanda awal ini dengan mengenalpasti bau air kencing. Jika anda dapat air kencing berbau manis, cepat berjumoa dengan doktor. Kalau anda katakan "Oh saya dah check blood sugar, semuanya normal" - anda salah perkiraan! Walaupun anda minum air gula, badan secara otomatik hasilkan insu1in untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Ini berbeza dengan pemeriksaan air kencing. Jadi, sekiranya anda perasan yang air kencing berbau manis, terus ke klinik untuk buat ujian air kencing.

7. Kerosakan pada usus

Usus boleh menjadi 'bocor'. Akibatnya, kandungan usus akan bercampiur dengan kandungan pundi kencing menyebabkan air kencing berbau. Pastikan air kencing bersih kerana jika anda nampak ada partikel-partikel halus dalam air kencing (kemungkinan besar najis), itu menunjukkan ada kebocoran pada usus. 

8. Terapi kanser

Kencing berbau adalah normal untuk pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

 

Cuba semak carta warna air kecing di atas. Lepas tu, baca point di bawah. Anda yang mana?

1. Cukup air.

2. Tanda-tanda awal dehidrasi.

3. Dehidrasi.

4. Anda mungkin akan mengalami kekejangan dan masalah yang berkaitan dengan haba.

5. Amaran! Tolong minum lebih banyak air.

6. Amaran! Tolong minum lebih banyak air.

7. Amaran! Tolong minum lebih banyak air.

8. Amaran! Tolong minum lebih banyak air.

9. Amaran! Tolong minum lebih banyak air. 

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart