Kenapa masih terasa lapar walaupun selepas makan?

Kenapa masih terasa lapar walaupun selepas makan?

 

 

Kebanyakan orang kata kalau terasa lapar, kena makan. Tapi dalam beberapa kes, lepas makan pun masih terasa lapar. Dan tak mustahil anda rasa semakin lapar walaupun setelah habis makan. Kenapa berlaku macam ni?
 
Ini berlaku kerana kelaparan tak dikawal oleh satu bahagian badan saja. Kelaparan juga terhasil akibat dari interaksi antara aliran darah, pankreas, otak, usus dan perut. Kalau anda tak makan makanan yang betul, anda akan terasa cepat lapar walaupun setelah selesai makan.
 
Kalau anda masih terasa lapar sesudah makan, ini mungkin antara penyebabnya :
 
✬ Makan dengan terlalu cepat
Dalam badan kita ada sejenis hormon yang dirembeskan untuk memberi rasa kenyang. Kalau anda makan dengan terlalu cepat, hormon ni tak cukup masa untuk bertindak ke atas makanan yang anda makan tadi. Selalunya hormon ini perlukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk mencetuskan rasa kenyang. Cuba makan dengan perlahan, nanti anda akan rasa kesan kenyang tu. Rasulullah saw sendiri pun mengajar untuk mengunyah dengan perlahan kan? Secara tak lansung, bila kita makan dengan perlahan-lahan, ini juga membolehkan makanan 'diatur' dengan lebih teratur dalam perut lantas memudahkan ianya diproses.
 
✬ Tak bersarapan
Siapa 'skip' sarapan, bersedialah untuk merasa cepat lapar sepanjang hari walaupun selepas makan. Kalau nak diet sekalipun, cuba kekalkan pengambilan sarapan tetapi ubah menu anda kepada makanan berserat dan berprotein. Itu lebih bijak.
 
✬ Kurang minum air
Makanan yang rendah kandungan air juga boleh buatkan anda merasa lapar. Cuba makan salad dan sayur-sayuran kerana kandungan air dalamnya adalah tinggi. Walaupun sayuran tak mengandungi banyak kalori, tapi ia memberikan perut anda rasa 'penuh'. Lagi satu, cuba minum teh hijau sebab teh hijau menyekat selera makan. Siapa yang ambil GreenAard GC Plus tak perlulah ambil teh hijau lagi sebab dalam GC Plus pun dah ada ekstrak teh hijau.
 
✬ Jangkitan cacing pita
'Serangan' cacing pita adalah salah satu sebab anda berasa lapar selepas makan. Cacing pita bukan hanya ada pada babi, tapi juga ikan dan daging lembu. Ia boleh meningkatkan selera makan anda, kerana apabiola parasit duduk dalam perut dan makan nutrien daripada makanan anda, keadaan ini akan buatkan anda sentiasa lapar. Cepat, cari ubat cacing!
 
✬ Tahniah! Anda mengandung.
Walaupun anda dikatakan makan untuk 2 orang, tak perlulah gandakan makanan anda semata-mata untuk tujuan tu. Memang anda cenderung untuk makan lebih dari normal (sebelum mengandung) sebab apabila mengandung, hormon anda akan menggangu selera makan membuatkan anda sentiasa berasa tidak kenyang dan mengidam untuk mengunyah pelbagai jenis makanan. Tapi hati-hati ya, sebab perasaan sentiasa nak makan sewaktu mengandung boleh jadi tanda-tanda awal diabetis.
 
✬ Kencing manis
Insu1in tak mengurangkan selera makan, tapi jika reseptor badan anda tidak bertindak balas dengan betul, anda mungkin akan merasa sentiasa lapar.
 
✬ Masalah tiroid
Hipertiroidisme menyebabkan kadar metabolisma anda meningkat, bermakna badan anda menggunakan lebih banyak kalori daripada biasa. Kalau anda ada hipertiroidisme, anda perlu menambah kalori, menyebabkan anda lapar dengan lebih kerap dan selera makan bertambah.
 
✬ Banyak minum minuman ringan
Jus dan soda mengandung kandungan fruktosa yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi ini mengurangkan aliran darah dan aktiviti di dalam kawasan yang mengawal selera makan (pada bahagian otak). Fruktosa membuatkan badan kurang menggunakan leptin. Leptin inilah hormon yang membuatkan kita berasa kenyang. Bila fruktosa tinggi dalam badan, leptin akan kurang dirembeskan, seterusnya membuatkan anda sentiasa berasa tak kenyang-kenyang. Sebab itulah, kurangkan minum minuman ringan kerana ia bukan saja tak bagus untuk kesihatan tetapi membuatkan anda sentiasa berasa nak makan.
 
✬ Ambil sedikit makanan berserat atau berprotein.
Makanan yang mempunyai serat dan protein yang mencukupi akan menghasilkan lebih banyak hormon yang menyekat selera makan dan keinginan untuk makan. Ini bermakna, kalau anda kerap makan makanan tanpa serat dan protein, contohnya seperti makanan segera (fast food), anda mungkin merasa lapar dengan cepat.
 
✬ Perubahan hormon
Hormon juga boleh membawa kepada kelaparan, terutamanya birth control hormone.
 
✬ Dehidrasi
Mungkin sebenarnya anda bukan lapar, tapi dehidrasi. Dehidrasi memberi efek yang sama dengan kelaparan. Kadang-kadang anda keliru adakah anda sebenarnya benar-benar lapar atau dehidrasi. Jika rasa lapar selepas makan, cuba minum air dan tunggu selama 15 minit. Selalunya rasa lapar ini akan hilang setelah 15 minit. Itupun jika anda benar-benar dehidrasi.
 
✬ Pengambilan ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti steroid, antidepresan dan antihistamin boleh meningkatkan selera makan.
 
✬ Faktor emosi
Pakar psikologi mengatakan sekiranya anda berasa lapar, cuba bayangkan atau lihat makanan kegemaran anda. Kalau anda merasa ianya menyelerakan, maknanya anda benar-benar lapar. Kalau tak, anda sebenarnya sedang bosan sebab tu terasa lapar.
Selain dari itu, bila seseorang berada dalam keadaan tertekan, dia cenderung untuk memilih makanan berlemak, bergula dan bergaram kerana makanan ini akan mengurangkan rasa tekanan tersebut.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart