Kenapa warna haid berbeza-beza?

Kenapa warna haid berbeza-beza?

 

Siapa kerap senggugut setiap kali datang bulan?

Orang tua-tua kata, kalau kerap sangat senggugut, payah nak dapat anak. Betul ke?

Baca artikel ni sampai habis untuk tau betul ke tak kata-kata nenek moyang kita tu.

Senggugut adalah kesakitan akibat dari lapisan dinding rahim dikeluarkan semasa haid. Sekurang-kurangnya 50 peratus wanita akan dapat sakit senggugut ni.

Kenapa 50% saja yang dapat senggugut? Yang selebihnya pi mana?

Sakit senggugut di hanya dapat dirasakan oleh 50% wanita sebab tak semua wanita menghasilkan prostaglandin yang berlebihan. Prostaglandin ni lah hormon yang terlibat dalam kesakitan dan keradangan. Sebab tu ada wanita yang setiap kali datang bulan, sekit senggugutnya lebih teruk dari orang lain.

Tapi, kalau setiap kali senggugut, sakitnya melampau-lampau - rasa kejang kat bawah abdomen, itu boleh jadi tanda-tanda kesihatan yang lebih serius - mungkin endometriosis. Wanita dengan gangguan ini mempunyai tisu rahim tumbuh di luar rahim, biasanya di kawasan pelvis. Sebagai tisu mula menumpahkan jauh , darah mempunyai tempat untuk pergi. Antara tujuh hingga 10 peratus daripada wanita mengalami endometriosis.

Sakit senggugut pun ada stage.

Yang pertama Senggugut Primer.

Senggugut primier ni adalah sakit senggugut pada hari-hari pertama datang bulan. Yang ni senggugut normal. Selalunya, senggugut primer ni akan hilang atau 'sembuh' bila kita dah bersalin anak pertama. Selalunya senggugut primer ni datang lagi beberapa jam nak datang haid. Sakit senggugut primer ini biasanya melebihi 24 jam dan akan berkurangan dalam masa 1 hingga 2 hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancar, sakit pun hilang.

Yang kedua adalah Senggugut Sekunder.

Senggugut Sekunder ni sama juga macam senggugut primer, cuma ia datang selepas beberapa hari, selalunya hari ke 3-5. Yang ni disebabkan faktor patologi di bahagian pelvis dan rahim. Selalunya senggugut sekunder ni dapat kat wanita yang dah meningkat usia tetapi masih subur.

 

 

Oppss...jangan takut. Ni bukan gambar darah haid. Ni acah-acah je. 

Kita nak tunjuk kat korang apa beza warna-warna darah haid. Selama ni kita ingat warna haid tak penting. Sebenarnya warna haid mendedahkan banyak perkara mengenai kesihatan hormon badan. Hormon yang sentiasa berubah semasa kitaran empat minggu ini memberi kesan kepada warna dan kitaran haid anda. 

Warna haid yang biasa adalah :

1. Warna blueberry.

2. Warna jem strawberry.

3. Warna jus cranberry.

 

Warna blueberry menunjukkan paras estrogen yang tinggi. Estrogen yang tinggi menjadikan dinding rahim lebih tebal dan kitaran jadi akan jadi lebih panjang.

Warna jem strawberry atau warna yang lebih cerah (pinkish) menunjukkan kandungan estrogen yang rendah. Ini membawa kepada keletihan, kekeringan vagina dan keguguran rambut. Wanita yang sering dapat warna jem starwberry ni selalunya kitaran haidnya lambat dan haid-nya datang sekejap-sekejap saja. 

Warna haid jus cranberry adalah haid yang normal dan sihat. Selalunya ia akan bermula tepat pada waktu kitaran. Kalau 'terlajak' pun mungkin 1-2 hari saja. Walaupun wanita yang mendapat haid sihat sebegini selalunya akan dapat PMS. Orang kata PMS tu 'penyakit' biasa, sebenarnya tak. PMS menunjukkan bahawa badan sentiasa berada dalam keadaan ketidakseimbangan hormon. 

 

 

Kalau aliran haid berlarutan lebih daripada tujuh hari, ini mungkin disebabkan oleh kehilangan berat badan, tekanan, kehamilan, atau penggunaan ubat-ubatan tertentu. Sesetengah pengguna GreenAard GC Plus akan mengalami kitaran haid yang tak teratur pada bulan-bulan pertama. Jangan panik, ini adalah perkara normal. Mungkin anda boleh check body fat juga, mungkin dah ada penurunan berat, sebab tu lah kitaran haid 'haywire' sikit. Ia adalah perkara biasa untuk wanita alami tempoh haid yang tak teratur dari semasa ke semasa. Dalam kebanyakkan kes, ia tak merbahaya. Tapi kalau kerap sangat kitaran haid tergaanggu, lebih baik jumpa doktor untuk mengenal pasti punca ketidakteraturan aliran haid tersebut.

Selalunya kalau lambat datang haid, boleh jadi anda mengandung, tapi tak semestinya. Pengambilan birth control dan pil hormon boleh juga menyebabkan haid 'sangkut' selama 6 bulan. Walaubagaimanapun, wanita yang gemuk, atau wanita yang bersenam terlalu banyak dalam jangka masa yang lama, atau mempunyai lemak badan yang rendah (kurang daripada 15 hingga 17 peratus) lebih cenderung untuk dapat kitaran haid yang bercelaru. 

 

 

Pernah tak alami satu keadaan di mana selepas 4-5 hari mandi wajib, tiba-tiba haid datang lagi? 

Pendarahan selepas haid adalah perkara biasa untuk wanita yang mengambil pil kawalan kelahiran. Walau bagaimanapun, wanita yang tak ambil birth control dan masih lihat pendarahan selepas tempoh mereka, mungkin boleh consider untuk berjumpa doktor. Kerana, ia mungkin tanda-tanda awal jangkitan faraj atau ketidakseimbangan hormon. 

Stress, pemakanan yang tak menentu dan tak terkawal serta kehilangan berat badan adalah antara penyebab pendarahan berlaku selepas haid.  Walaupun kehilangan berat badan bukan merupakan penyebab secara lansung kepada pendarahan ini, tetapi ketidakseimbangan hormon akibat dari aktiviti diet yang berlebihan dan senaman yang melampau boleh menjadi penyumbang kepada kenapa pendarahan berlaku selepas haid. Jadi, kalau nak sihat pun, buatkan secara berpada-pada.

 

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart