GC Plus

Makan salad belum tentu buatkan anda kurus

 .

Siapa sini tengah berdiet tapi berat badan tak turun macam orang lain yang amalkan diet yang sama?

Sebenarnya, walaupun sedang "berdiet," kebanyakkan orang makan lebih banyak kalori daripada yang sepatutnya. Dia rasa dia makan sikit. Tapi yang sikit tu lah yang banyakkkkkk kalori.
Bila kita berdiet, diet menyebabkan obsesi terhadap makanan dan meningkatkan keinginan untuk makan macam-macam.

Berikut adalah punca kenapa berat badan susah nak turun :

 .

1. Banyak minum minuman manis
Smoothies, kopi (dengan krim dan gula), jus buah, teh manis, dan air bikarbonat sangat menyumbang kepada pertambahan berat badan. Gula akan menyekat rasa kenyang dan menambahkan rasa lapar. Ohh scaryyyyyy.

2. Makan depan TV
Elakkan makan sambal menonton atau semasa membaca. Kerana makan sambil menonton/membaca selalunya akan membuatkan kita makan dengan banyak tanpa kita sedar, tau-tau je eh dah habis? Tapi tak kenyang-kenyang jugak. Dan kita akan makan dan makan lagi.

3. Makan dengan terlalu cepat.
Bukan dapat hadiah pun kalau habiskan makanan dengan cepat. Kenapa nak makan laju-laju? Kunyahlah dengan perlahan, nikmati makanan. Apabila kita makan dengan perlahan-lahan, kita dapat ‘detect’ rasa kenyang dengan lebih awal. Ini mengelakkan kita dari menambah makanan.

 .

4. Salad belum tentu menyihatkan
Bila berdiet, selalunya kita cenderung untuk makan salad. Sikit-sikit salad, sikit-sikit salad. Tapi, salad belum tentu lebih baik dari burger. Semuanya bergantung pada apa yang anda tambah pada salad. Mustard contohnya ada 490 kalori, quarter pounder pun baru 410 kalori! Hahaha. Maksudnya di sini, kadang-kadang kita rasa apa yang kita makan tu dah menyihatkan, tapi benda yang kecil-kecil seperti sos, ketcup, toppings - yang menjahamkan diet tanpa sedar.

5. Jangan skip waktu makan.
Kebanyakan orang yang makan kurang daripada tiga kali waktu utama (sarapan, makan tengahari dan makan malam) biasanya akan makan lebih banyak kalori tanpa sedar.

JANGAN SKIP SARAPAN.
Ini paling utama.

Pengambilan makanan yang betul semasa sarapan akan membuatkan kita kurang berasa lapar di waktu tengahari. Kurang lapar bermakna kita akan kurang makan. Tapi mesti makan juga waktu tengahari walau hanya ratah sayur.
Pastikan pilih sarapan yang betul.
Jangan ingat bila kita ambil sebiji kuih saja untuk sarapan kita akan menjadi lebih kurus. No!
Sebiji muffin rendah lemak pun ada 400 kalori dan 5 gram lemak. Tapi, 2 biji telur dan sekeping roti bakar hanya ada 250 kalori.
Telur bagus makan waktu pagi. Ia membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.

 

Diana Ishak
Read more

Formula mudah nak turunkan berat badan dengan cepat

 

 .

Adalah satu perkara biasa untuk semua orang nak hilangkan berat badan dengan cepat. Tapi, orang yang kehilangan berat badan secara beransur-ansur dan berterusan (kira-kira 400-900g seminggu) lebih berjaya mengekalkan berat berbanding dengan orang yang berjaya hilangkan berat dengan cepat.

Penurunan berat badan bukanlah stau program singkat tapi melibatkan tabiat keseluruhan.

Formula untuk menurunkan berat badan adalah - kita perlu guna lebih banyak kalori dari yang kita ambil. Formulanya begini :

🖌400g = 3500 kalori.
🖌400g adalah berat minimum perlu turun dalam masa 1 minggu.

Memandangkan 400g adalah bersamaan 3500 kalori, maknanya kita perlu mengurangkan pengambilan kalori 500 kalori setiap hari untuk menurunkan 400g seminggu. Kalau kita maintain turun berat 400g sehari, maknanya sebulan dan boleh turun 1.6kg! Itu kalau turun 400g seminggu. Kalau boleh turun 900g seminggu, maknanya sebulan dah 3.6kg.

Nak turunkan berat badan memang tak mudah, perlu ada komitmen. Bukan boleh buat sambil lewa dan expect dapat keputusan yang wow! Tapi kalau anda bersedia untuk mulakan, kita akan guide. Whatsapp kami di 012-7728976 atau PM kami.

 

Diana Ishak
Read more

Boleh ke kalau nak ambil banyak-banyak supplement serentak?

 

 .

Ada yang tanya boleh tak kalau ambil GC Plus dan dalam masa yang sama ambil green tea, ambil chia seed dan ambil supplement kuruskan badan yang lain?

Ok, macam ni.
Kami hargai kesungguhkan anda untuk mendapatkan kembali berat badan yang ideal. Kesungguhan macam ni memang perlu supaya lebih cepat berat badan yang diimpikan tercapat.

Tapi, pengambilan terlalu banyak makanan atau supplement menguruskan badan bermakna anda mengambil antioksidan yang banyak. Antioksidan memang bagus. Tapi pengambilan antioksidan yang tinggi boleh membawa kepada peningkatan risiko kematian dan penyakit.

Antioksidan termasuklah vitamin C, dan beta-karotena.
Antioxidan memang memberi perlindungan terhadap pelbagai penyakit, termasuk kanser, penyakit jantung, dan masalah penglihatan. Walaupun antioksidan memberikan banyak manfaat, mengambil terlalu banyak antioksidan sekaligus atau mengambil dos yang tinggi boleh membawa masalah.dalam tempoh yang panjang.

Jadi, jangan terlampau teruja untuk kurus dengan cepat.
Yang kita mahu bukan turun berat dengan cepat, tapi turun berat secara sihat.

 

Diana Ishak
Read more

Bagaimana GC Plus Bertindak

 

 .

"Macamana GC Plus bertindak mengurangkan berat badan?"

Soalan ni selalu kami terima.
Kami faham, sebelum sesuatu produk tu diterima, dah tentu bakal customer nak tahu bagaimana produk ni boleh bantu selesaikan masalah mereka, kan?

Ok kat sini kami terangkan secara ringkas dan menggunakan general terms supaya senang difahami.

Basically, komponen dalam GC Plus block pembentukan new fat dalam badan. Bila pembentukan new fat dibendung, jadi badan dapat membakar lemak yang sedia ada dalam badan tanpa gangguang pertambahan lemak baru. Sebab itulah bila anda makan makanan yang berlemak, tak sampai 1 jam, perut dah mula memulas-mulas. Kalau lagi tinggi kandungan lemak dalam sesuatu makanan tu, lebih keraplah anda ke toilet. Kalau tak percaya cuba hari ni makan nasi lemak dan esok pula makan telur setengah masak untuk breakfast. Kami yakin, kekerapan ke toilet adalah berbeza.

Semasa buang air besar 💩, cuba lihat najis anda 💩.
Adakah ia melekat di tepi-tepi toilet bowl? 🚽
Kalau YA, itu bermakna GC Plus sudah mula bertindak.
Kerana, najis yang cair, kekuningan dan melekat/berkumpul di bahagian tepi toilet bowl menunjukkan najis itu tinggi kandungan lemak. Check, jangan tak check! 😆😆😆

Diana Ishak
Read more

Kitaran haid yang tak teratur

 

 .

Ramai wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur kadang-kadang dalam hidup mereka.👩
Pil diet termasuk dalam kategori ini, dan sering menyebabkan kitaran haid kucar-kacir, namun ia bersifat sementara.

Apa kaitan 💊 pill diet dan irregular periods?

Ok, macam ni.
Bila badan tiba-tiba mula berkerja dengan cepat untuk membakar lemak, kehilangan lemak akan berlaku lebih cepat dari biasa.
Ini menyebabkan hormon kesuburan terganggu yang diakibatkan oleh kehilangan estrogen secara mendadak.
Jadi, untuk yang baru menggunakan GC Plus, gangguan kitaran haid ni memang dijangkakan kerana GC Plus bertindak untuk meningkatkan metabolisme. Jadi, jangan risau, it will slowly return to normal cycles.

Sebenarnya, kalau bukan sebab GC Plus pun, kitaran haid ni memang boleh jadi kucar-kacir atas sebab yang lain, antaranya :

🏋🏻 Terlalu kuat bersenam. Pernah dengar tak pelari marathon 🏃🏻 kerap dapat kitaran haid yang tak teratur? Ini bukan auta tapi fakta tau. Latihan (sukan/senaman) 🏋🏻 yang ketat ditambah pula dengan lemak badan yang rendah memberikan tekanan pada badan. Tekanan ini memberitahu otak kita untuk berhenti menghasilkan hormon kesuburan.

💊 Mana-mana ubat yang melibatkan hormon seperti ubat tiroid, steroid, atau dopamin - boleh mempengaruhi period.

🐛 Terdedah dengan pesticide. Selalunya mereka yang rutin berkebun atau bekerja di makmal terdedah dengan risiko ini. Pesticide menyekat hormon dalam badan menjadikan sistem endokrin susah berfungsi dengan betul.

😩 Stress/tekanan.

👩‍❤️‍👩 Pengambilan pil kawalan kelahiran (birth control).

👵🏻 Menghampiri waktu menopos.

😴 Tidur yang tak cukup.

💤 Otak menghasilkan hormon melatonin untuk memberi isyarat kepada badan bahawa sekarang adalah masa untuk tidur. Tapi bila kita travel ke negara lain yang zon masanya tak sama dengan negara kita, badan yang sepatutnya sudah mula hasilkan melatonin (kerana sepatutnya sudah malam waktu tidur), akan menyekat hormon kerana di lokasi baru ianya masih waktu siang. Perubahan hormon ini buatkan period terganggu.

Diana Ishak
Read more

Fakta menakutkan tentang berat badan

 .

Fakta menarik tentang berat badan.

Sebahagian besar dari kita tahu bahawa kurangkan makan, makan makanan sihat dan bersenam boleh menurunkan berat badan. If only it were that easy. 😔😔

Berikut adalah 10 perkara yang anda mungkin tidak tahu (tetapi perlu tahu) mengenai berat badan anda. Klik setiap gambar untuk bacaan lanjut.

Errr...point nombor 5 agak menakutkan 😲😲.

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 

Diana Ishak
Read more

Makanan-makanan ini akan menggagalkan misi anda untuk kuruskan badan!

 .

Percaya tak, kebanyakkan makanan yang kita tak sangka ada gula di dalamnya, merupakan makanan yang paling tinggi gula. Ada di antara makanan ini kita sangka makanan yang sihat, padahal tak! Kandungan gula di dalamnya agak tinggi. Gula sebenarnya 'culprit' dalam kegagalan anda menurunkan berat badan. Jom tengok makanan apa yang ada kandungan gula yang tinggi.

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 .

 

Diana Ishak
Read more

Minum air banyak boleh kurus - hanya mitos?

 

 .

Kita diajar untuk minum air dengan banyak setiap hari. Katanya 2-3 litres per day will detoxify all the fat and burn stubborn fat. Ada juga yang kata kalau minum banyak air nanti perut jadi lebih kenyang. Bila kenyang kita tak ada rasa nak makan sangat. Well, in a way it's true. Tapi fahaman tu ada sikit 'terpesong'. Meh kami nak bagi perjelas biar clear.

Begini, air tak mempunyai kalori. Sedangkan apa saja yang kita makan, termasuk air, akan diproses oleh badan. Pemprosesan makanan akan menggunakan tenaga. Tenaga dihasilkan dari pembakaran lemak. Jadi, apabila lebih banyak air yang diminum, lebih banyak lemak dibakar untuk menghasilkan tenaga bagi memproses air yang diminum tadi. Sedangkan sebanyak mana air yang kita minum tidak akan menambah kalori dalam badan. Sebab itulah bila kita minum lebih banyak air, badan akan menjadi lebih cepat kurus. Bukan air itu yang menjadikan kita kurus. Tapi dengan memproses lebih banyak air lah yang akan membantu badan kita menjadi lebih cepat kurus. Apetah lagi kalau ambil GC Plus yang sememangnya mempercepatkan lagi pembakaran lemak. Renung-renungkan 😁.

 

Diana Ishak
Read more

Kenapa pengidap PCOS susah nak turunkan berat badan.

Ada yang berminat nak cuba GC Plus tapi dalam masa yang sama ada PCOS?

Kami memang tak galakkan those yang ada PCOS untuk ambil GC Plus. Kerana condition PCOS memang cenderung kepada pertambahan berat badan. Situasinya begini :

1. Insulin mengangkut gula kepada otot. Jika badan ada lebih gula daripada yang diperlukan, ia akan menyimpannya sebagai lemak untuk digunakan kemudian bila perlu. Penghidap PCOS menghasilkan lebih banyak insulin dari yang diperlukan. Ini bermakna lebih banyak gula ditukar ke dalam bentuk lemak.

2. Penghidap PCOS mempunyai kadar metabolisme yang lebih perlahan.

3. Penghidap PCOS susah merasa kenyang selepas makan. Ini bermakna mereka terus berasa lapar, walaupun telah makan semua nutrien dan kalori yang diperlukan.

Bermakna, penghidap PCOS memang sukar nak menurunkan berat badan kerana ini melibatkan masalah hormon. Pengambilan GC Plus kurang membantu. Bukan kerana bahan-bahannya tak sesuai untuk penghidap PCOS tetapi kadar penurunannya yang lambat berbanding normal atas sebab masalah hormon. Tapi kalau nak cuba apa salahnya 😀.

 .

Diana Ishak
Read more

Boleh tak pengidap LUPUS ambil GC Plus?

 

 .

Sesiapa yang mengidap LUPUS, sila ambil perhatian.

🔹 Pengidap SLE/LUPUS akan alami kesukaran untuk mengawal berat badan. Lupus boleh menyebabkan pertambahan berat badan atau kehilangan berat badan, tetapi kedua-dua keadaan boleh diurus dengan baik dengan rawatan yang betul.

 .

🔹 Lupus adalah penyakit autoimun kronik. Ia adalah penyakit yang berlaku akibat sistem imun badan menyerang diri sendiri. Ini boleh menyebabkan kerosakan tisu, keradangan dan kesakitan.

 .

🔹 Lupus tidak mempunyai penawar, tetapi ada rawatan berbentuk ubat-ubatan termasuk kortikosteroid, ubat anti-malaria dan aspirin. Kortikosteroid menyebabkan berat badan bertambah.

 .

🔹 Ubat-ubatan ini merangsang selera makan dan boleh memperlahankan metabolisme badan. Jika berat badan bertambah disebabkan ubat-ubatan ini, cuba ubat diet anda.

 .

🔹 Jangan ambil sebarang makanan tambahan termasuk pil diet tanpa terlebih dahulu tanya kepada doktor.

Diana Ishak
Read more

Fakta Menarik Tentang Berat Badan

 

 .

🍃 ketika menimbang berat badan, banyak faktor yang mempengaruhi angka yang tertera pada penimbang. Misalnya, tulang, otot, air, dan lemak. Yang perlu diambil kira bukanlah berat badan keseluruhan tetapi peratusan lemak dalam badan.

 .

🍃 BMI tidak terpakai sepenuhnya dalam mengukur berat badan. Ahli bina badan pasti mempunya BMI 'oevrweight' sedangkan sebahagian berat badannya adalah otot, bukan lemak.

 .

🍃 menurunkan berat badan sepatutnya proses mengurangkan kandungan lemak, bukannya mengurangkan berat otot. Apabila menahan lapar, anda sebenarnya bukan saja mengurangkan lemak tapi otot juga. Sedangkan kehilangan berat otot akan menyebabkan metabolisme menjadi perlahan sehingga sampai ketikanya badan anda akan kembali gemuk dengan cepat kerana otot semakin kurang menghasilkan tenaga.

 .

🍃 anda ada lemak di bahagian perut? Lemak di perut dikaitkan dengan penyakit diabetes, kardiovaskular, bahkan cenderung untuk mendapat kanser. Bagi lelaki, ukuran pinggang ideal adalah 100cm. Sementara wanita ukuran pinggang 88cm saja.

 .

Diana Ishak
Read more

Fakta Menarik Mengenai Teh dan Berat Badan

 

 .

Air kosong tak mempunyai kalori. Kalau minum banyak-banyak pun tak apa. Akan mempercepatkan lagi penurunan berat badan sebab badan akan memproses air kosong tadi. Dan setiap kali badan proses air, ia tetap membakar lemak kerana perlukan tenaga.

Ramai yang cakap tak boleh minum air kosong banyak-banyak, nak termuntah. Ok takpe. Mulai hari ni boleh start minum teh. Sebab teh pun tak ada kalori. TAPI, JANGAN TAMBAH GULA ATAU SUSU!

Berbeza dengan teh herba, terutamanya yang berasaskan buah-buahan (macam teh Lipton ada perasa mangga, perasa lemon), yang dibuat dengan ekstrak atau kepingan sebenar buah-buahan. Ok teh jenis ni ada kalori. Jangan minum teh jenis ni kalau nak turunkan berat badan.

 .

☕ Black tea/teh hitam ada lebih banyak kafein dan antioksidan yang menurunkan berat badan. Lebih segar mata kalau ambil teh jenis ni.

 .

☕ Green tea/teh hijau ada sedikit kaffein tapi ada antioksidan yang sangat tinggi. Berat badan dan kolesterol juga cepat turun. Sebab tu green tea ni ada dalam kedua-dua produk GC Plus dan Nutrijuice.

 .

Diana Ishak
Read more
332 results
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart