Tutup jerawat dengan concealer? Baca ni dulu!
Ramai yang ambik jalan mudah jadikan solekan untuk cover jerawat. Selalunya guna concealer lah.
Memang itu tektik paling cepat dan terbaik tapi, the dirty truth about this tactic adalah, dengan menggunakan concealer, ia hanya menutup jerawat - bukan merawatnya.
.
Dan korang perlu faham jerawat ada banyak jenis. Bukan semua jerawat yang muncul kat muka tu gunakan pendekatan yang sama untuk merawatnya. Sebab itulah bukan semua orang yang pakai ubat jerawat yang sama akan dapat hasil yang sama. Jerawat ni bentuk je lebih kurang sama tapi cara rawatnya tak sama. Boleh jadi jerawat yang kita cover dengan makeup tu bukanlah jenis jerawat biasa-biasa. Penyudahnya, muka lebih teruk naik jerawat!
.
Yang terbaik adalah, jangan apply apa-apa pada bahagian yang berjerawat. Jangan cover dengan sebarang solekan walaupun solekan nipis pun. Apply ubat jerawat atau gunakan sabun yang boleh rawat jerawat. Bila muka dah clear, baru apply makeup. Alahai, bersabar lah sikit. Setakat 3-4 hari tak pakai makeup, pakwe tak lari punya.