Statin vs Nutrijuice

Mengamalkan tabiat gaya hidup sihat dan makan makanan yang boleh meningkatkan kolesterol HDL serta menurunkan kolesterol LDL memang baik untuk kesihatan. Tetapi sekiranya tahap kolesterol LDL tetap tinggi, risiko penyakit jantung tetap ada. Walaupun HDL di tahap normal, yang penting di sini adalah LDL MESTI TURUN. Dua penyelesaian adalah STATIN dan STEROL TUMBUHAN. 

Statin adalah ubat yang di-prescribed oleh doktor, manakala sterol tumbuhan adalah bahan yang terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan TERTENTU. Statin berfungsi menurunkan kolesterol LDL. Caranya adalah dengan mengurangkan kolesterol LDL yang dibuat oleh hati. Statin juga membantu badan menyerap semula kolesterol yang ada di arteri.

Statin hanya disyorkan untuk orang yang:

  • mempunyai tahap LDL 190 mg/dL atau lebih tinggi.
  • sudah menghidap penyakit kardiovaskular.
  • menghidap diabetes dan mempunyai tahap LDL antara 70-189 mg/dL.
  • tidak menghidap diabetes tetapi mempunyai risiko penyakit kardiovaskular dalam 10 tahun akan datang.

Sterol tumbuhan pula menyekat badan daripada menyerap kolesterol. Walaupun sterol tumbuhan menurunkan LDL, ia tidak mempengaruhi tahap kolesterol HDL atau trigliserida. Satu kajian di Kanada menyatakan bahawa sterol tumbuhan adalah rawatan semula jadi yang paling berkesan untuk kolesterol tinggi. Sterol tumbuhan dijumpai secara semula jadi dalam:

  • buah-buahan
  • sayur-sayuran
  • minyak sayuran
  • bijirin
  • kekacang

Walaupun begitu, semua makanan tadi mengandungi kadar sterol tumbuhan yang rendah. Memakan makanan tersebut tidak memberi kesan besar pada tahap kolesterol. 

Statin  Sterol Tumbuhan
bahan kimia sintetik bahan semula jadi dalam tumbuhan
mengurangkan jumlah kolesterol LDL yang dihasilkan oleh hati menyekat badan daripada menyerap kolesterol
boleh menghasilkan kesan sampingan pada sesetengah orang tidak memberikan kesan sampingan
boleh menyebabkan kecacatan kelahiran selamat diambil semasa hamil
agak mahal menjimatkan kos


Persamaan Statin & Sterol Tumbuhan:

  • kedua-duanya mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • kedua-duanya mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Cara yang lebih mudah untuk mendapatkan cukup sterol tumbuhan adalah dengan memakan makanan yang diperkaya (fortified foods), iaitu sterol tumbuhan yang ditambahkan ke makanan tertentu. Untuk menurunkan kolesterol, perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 gram sterol tumbuhan setiap hari. Ini sama dengan kira-kira 12 biji buah oren.

Nutrijuice adalah contoh fortified foods. Ia mengandungi sterol tumbuhan dengan kuantiti optimum yang diperlukan untuk menurunkan kolesterol. Kesan Nutrijuice terhadap penurunan LDL adalah bersifat straight forward. Boleh rujuk sini untuk membaca testimoni pengguna Nutrijuice.


Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart