Kurus pun boleh dapat kolesterol tinggi.
Orang yang berbadan kurus selalu menyangka mereka tidak ada masalah kesihatan kerana masalah kesihatan selalunya dikaitkan dengan orang yang ada masalah berat badan. Berat badan yang overweight memang berisiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit tetapi belum tentu lagi badan yang kurus tidak mempunyai masalah kesihatan. Kita semua boleh mempunyai masalah kesihatan at any size, and we might not even know it.
On the outside, seseorang kelihatan sihat dan fit, tetapi di dalam? Rupa-rupanya ada kolesterol yang sangat tinggi menghampiri tahap strok.
Apa yang ramai tidak tahu, 1/4 dari manusia yang tidak berlebihan berat badan mempunyai risiko sakit jantung akibat kolesterol tinggi atau tekanan darah tinggi. Kolesterol tidak mengenal jenis badan dan berat badan. Berat badan seseorang tidak menentukan tahap kolesterolnya rendah.
Bahkan pelari maraton yang aktif berlari/bersenam juga berisiko mendapat kolesterol tinggi. Jim Fixx, penulis "The Complete Book of Running" yang juga seorang pelari maraton yang aktif melibatkan diri dalam larian marathon meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1984. Serangan itu berpunca dari arteri yang tersumbat oleh kolesterol. Kajian menunjukkan larian atau senaman yang berlebihan dapat meningkatkan pengumpulan plak koronari [akibat kolesterol]. Jadi jangan pandang mudah dengan skinny fat. Kerana di dalam tubuh yang kurus, mungkin ada salur darah yang sedang tersumbat dengan kolesterol.