Trigliserida [kolesterol] penyebab berat badan susah untuk turun
Memiliki LDL tinggi [kolesterol jahat] memberi kesan buruk terhadap mekanisme sistem kardiovaskular. Ini kerana, ia mempengaruhi pengaliran darah dalam pembuluh darah.
Sebagaimana yang kita tahu, darah adalah medium pengangkutan utama dalam badan. Ia mengangkut pelbagai nutrisi dan oksigen ke sel-sel tubuh. Jika kolesterol terbentuk dalam pembuluh darah, ini mengakibatkan aliran darah tidak dapat mengalir seperti yang sepatutnya lantas mewujudkan komplikasi.
Berat badan yang melampau adalah konsekuensi terbesar mengapa kolesterol meningkat dalam badan dan ini juga adalah penyebab kenapa berat badan susah turun dan cepat naik - ada kaitan dengan kolesterol.
Selalunya mereka yang overweight lebih cenderung memilih makanan tinggi lemak dan kolesterol. Makanan tinggi lemak memainkan peranan dalam meningkatkan LDL [kolesterol jahat]. Trigliserida adalah sejenis kolesterol jahat juga. Kalori dan gula yang diambil secara berlebihan bukan sahaja disimpan dalam sel lemak tetapi juga ditukarkan menjadi trigliserida. Trigliserida yang tinggi dalam badan adalah salah satu punca kenapa berat susah untuk turun.