Bila tarikh luput alat solek?

Alat solek memang mempunyai tarikh luput, dan jangka hayatnya lebih pendek daripada yang kita sangkakan. Jangka hayat alat solek bergantung pada jenis kosmetik dan bagaimana ia disimpan, dan samada ia tetutup atau terbuka. Semua alat solek akan tamat tempoh biasanya 2 tahun selepas dibuka. Kadang-kadang hanya 3 bulan untuk eye makeup.

Tarikh luput yang dicetak pada alat solek adalah panduan selepas produk dibuka. Secara amnya, jika disimpan dengan betul di tempat yang sejuk dan kering, kebanyakan alat solek yang belum dibuka dan ditutup sepenuhnya boleh bertahan selama 2-3 tahun. Alat solek berasaskan krim boleh tamat tempoh lebih awal kerana minyak di dalamnya mudah menjadi tengik. Sekiranya produk itu adalah formulasi bahan semula jadi tanpa pengawet, ia juga boleh tamat tempoh awal, walaupun dalam keadaan tertutup.

Semua bahan pengawet dalam alat solek (untuk tujuan memanjangkan hayat) boleh berubah dari masa ke masa, walaupun produk tersebut belum dibuka. Jadi, jangan simpan alat solek apa pun selama lebih dari 3 tahun. Yang paling baik, buang alat solek yang sudah tamat tempoh. Tetapi jika masih mahu menggunakannya setelah tamat tempoh, may be fine health-wise tetapi ia tidak akan berfungsi dengan baik.

Lipstik dan eye liner berasaskan pensil mempunyai jangka hayat lebih lama kerana ia boleh diasah. Untuk memastikan alat solek bertahan selama yang sepatutnya, bersihkan berus solekan dengan kerap dan elakkan berkongsi alat solek. Alat solek yang sudah tamat tempoh boleh menjadi kering atau rapuh. Jangan gunakan air untuk melembapkannya, kerana boleh introduce bakteria. Lagipun, pigmen warna mungkin tidak kelihatan sebaik asal. Solekan yang tamat tempoh boleh menyebabkan jerawat, ruam dan jangkitan mata.

Secara amnya, jangkaan kosmetik bergantung pada jenisnya:
  • lipstick : 18–24 bulan
  • lip gloss : 12–18 bulan
  • foundation & concealer : 12–18 bulan
  • mascara : 3–6 bulan
  • liquid eyeliner : 3–6 months
  • produk krim : 12–18 bulan
  • produk serbuk (powder) : 12–18 bulan

Sekiranya produk tidak dinyatakan tarikh luput, boleh ikuti langkah ini:
  1. Langkah pertama adalah mencium bau alat solek. Sekiranya ada bau tak menyenangkan atau hapak atau tengik, buang.
  2. Perhatikan perubahan warna. Sebagai contoh, concealer akan teroksida dan bertukar menjadi sedikit oren.
  3. Perhatikan teksturnya telah berubah atau tidak. Buang jika produk itu terasa berbeza pada kulit
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart