Bila tarikh luput alat solek?

Alat solek memang mempunyai tarikh luput, dan jangka hayatnya lebih pendek daripada yang kita sangkakan. Jangka hayat alat solek bergantung pada jenis kosmetik dan bagaimana ia disimpan, dan samada ia tetutup atau terbuka. Semua alat solek akan tamat tempoh biasanya 2 tahun selepas dibuka. Kadang-kadang hanya 3 bulan untuk eye makeup.

Tarikh luput yang dicetak pada alat solek adalah panduan selepas produk dibuka. Secara amnya, jika disimpan dengan betul di tempat yang sejuk dan kering, kebanyakan alat solek yang belum dibuka dan ditutup sepenuhnya boleh bertahan selama 2-3 tahun. Alat solek berasaskan krim boleh tamat tempoh lebih awal kerana minyak di dalamnya mudah menjadi tengik. Sekiranya produk itu adalah formulasi bahan semula jadi tanpa pengawet, ia juga boleh tamat tempoh awal, walaupun dalam keadaan tertutup.

Semua bahan pengawet dalam alat solek (untuk tujuan memanjangkan hayat) boleh berubah dari masa ke masa, walaupun produk tersebut belum dibuka. Jadi, jangan simpan alat solek apa pun selama lebih dari 3 tahun. Yang paling baik, buang alat solek yang sudah tamat tempoh. Tetapi jika masih mahu menggunakannya setelah tamat tempoh, may be fine health-wise tetapi ia tidak akan berfungsi dengan baik.

Lipstik dan eye liner berasaskan pensil mempunyai jangka hayat lebih lama kerana ia boleh diasah. Untuk memastikan alat solek bertahan selama yang sepatutnya, bersihkan berus solekan dengan kerap dan elakkan berkongsi alat solek. Alat solek yang sudah tamat tempoh boleh menjadi kering atau rapuh. Jangan gunakan air untuk melembapkannya, kerana boleh introduce bakteria. Lagipun, pigmen warna mungkin tidak kelihatan sebaik asal. Solekan yang tamat tempoh boleh menyebabkan jerawat, ruam dan jangkitan mata.

Secara amnya, jangkaan kosmetik bergantung pada jenisnya:
  • lipstick : 18–24 bulan
  • lip gloss : 12–18 bulan
  • foundation & concealer : 12–18 bulan
  • mascara : 3–6 bulan
  • liquid eyeliner : 3–6 months
  • produk krim : 12–18 bulan
  • produk serbuk (powder) : 12–18 bulan

Sekiranya produk tidak dinyatakan tarikh luput, boleh ikuti langkah ini:
  1. Langkah pertama adalah mencium bau alat solek. Sekiranya ada bau tak menyenangkan atau hapak atau tengik, buang.
  2. Perhatikan perubahan warna. Sebagai contoh, concealer akan teroksida dan bertukar menjadi sedikit oren.
  3. Perhatikan teksturnya telah berubah atau tidak. Buang jika produk itu terasa berbeza pada kulit
Diana Ishak
Read more

4 cara nak tanggalkan solekan waterproof

 

Kalau tak cukup budget nak beli makeup remover, gunakan syampu bayi. Syampu bayi pun boleh buang kesan watreproof maskara. Lagipun syampu bayi biasanya agak selamat untuk digunakan di sekitar kawasan mata yang sensitif, kerana kebanyakan syampu bayi adalah hypoallergenic. Tapi gunakan dalam jumlah yang kecil saja dan elakkan termasuk ke dalam mata. Jangan sekali-kali guna syampu biasa.

 .

Boleh cuba sapukan krim sejuk (brand Himalaya, Ponds, Garnier ada krim sejuk) untuk menanggalkan solekan.

Elakkan daripada menggunakan jeli petroleum untuk buang solekan muka. Ia adalah produk petroleum, bahan yang tak sesuai digunakan di sekitar kawasan mata. Hanya boleh digunakan kalau dah terdesak di waktu anda memang dah takde bahan lain untuk buang kesan solekan. Tapi, jangan bagi masuk lansung ke dalam mata.

Gunakan makeup remover yang khusus untuk membuang solekan kalis air. Kerana, makeup remover kalis air akan membuang sisa maskara dengan cepat, selamat dan berkesan. Kalau anda memang pakai waterproof maskara, apa salahnya invest pada makeup remover khas untuk solekan kalis air. Mahal sikit tak apa, yang penting berbaloi untuk masa dan mata anda. GreenAard Makeup Remover adalah sejenis makeup remover berasakan buih yang tak berminyak dan bertindak sebagai pencuci muka sekaligus membersihkan wajah anda dari solekan dalam hanya 1 minit.

.

Diana Ishak
Read more

Apa yang akan terjadi kalau anda tidur dalam keadaan muka masih ada solekan.

 

 .

 

 .

 .

 

Diana Ishak
Read more

Women spend TWO YEARS of their life applying make up!

Women spend TWO YEARS of their life applying make up! But why it is not surprising at all? 😆😆

Bukan itu saja, kajian baru-baru ini menunjukkan lebih seumur hidup kita (wanita) dihabiskan dengan purata 722 hari untuk kelihatan cantik. Dan alat solek bukannya murah, ok? Bermakna purata SEHARI wanita habiskan selama 40 minit hanya untuk solek muka saja! Dan kadar waktu bersolek ini bertambah di hujung minggu. Wow! Patut lah lelaki marah kena tunggu wanita bersiap. 😆

Itu baru bersolek. Belum masuk part membersihkan solekan. Lebih-lebih lagi time tumpang surau awam. Berlama-lama dalam surau bukan kerana solat yang panjang, tapi kerana masa yang diambil untuk membuang solekan dan kemudian bersolek kembali. .

Nah! Kami nak anda cuba GreenAard Makeup Remover. Boleh bagi kerja cuci muka tu cepat sikit. Hanya 1 minit saja, semua solekan waterproof kapofffffff! Hilang dan bersih sebersih bersihnya! Tak caya? Tengok SINI

 

Diana Ishak
Read more
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart