Kopi ganggu penghasilan kolagen?

Hubungan di antara kopi-kolagen-jerawat sebenarnya agak rumit. Ia perlu dijelaskan secara detail.

First things first, kopi tak menyebabkan jerawat, tetapi kopi boleh membuat jerawat jadi lebih teruk. Ia bergantung pada apa yang kita masukkan dalam kopi, berapa banyak kita minum kopi, dan beberapa faktor lain. Seperti yang kita semua tahu, kopi mengandungi banyak kafein. Kafein mampu membuatkan kita lebih alert dan awake, tetapi kafein boleh bagi tindak balas stress yang tinggi dalam badan. In fact, minum kopi dengan banyak boleh menambahkan stress dua kali ganda tanpa kita sedari.

Stress tidak menyebabkan jerawat, tetapi stress boleh menyebabkan jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan melambatkan the healing process. Hormon kortisol [hormon stress] yang meningkat dalam badan secara lansung meningkatkan jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum. Inilah yang membuatkan jerawat senang tumbuh dan lambat hilang.

Di samping itu, minum banyak kopi atau minum kopi pada waktu malam akan menjejaskan tidur. Kurang tidur akan menyebabkan hormon kortisol meningkat dalam badan, Ini bermakna badan akan mengalami lebih banyak stress. Ini boleh memburukkan lagi jerawat kita. Walau bagaimanapun, kesan kafein pada tidur berbeza from person to person. Jika anda sensitif terhadap kafein, cubalah ambil kopi pada waktu siang sahaja. 

So dah nampak dah kaitan antara kopi-stress-jerawat, kan?

Tentang kolagen pula, kafein mampu menghalang biosintesis kolagen dalam badan tetapi ia bergantung kepada dos kafein.1-2 cawan kopi sehari tidak mengapa tetapi jika avoid terus, lebih baik. Lebih-lebih lagi kalau kopi dicampur dengan gula.

Flow-nya macam ni...

Bila gula masuk dalam badan, insulin akan dirembeskan. Kalau banyak gula yang kita ambil bermakna lebih banyak insulin akan dihasilkan. Insulin akan mengakibatkan hormon IGF-1 meningkat [insulin-like growth factor-1]. Hormon IGF-1 adalah hormon yang bertangungjawab meningkatkan pertumbuhan acne. 

So now dah clear kaitan kafein-stress-sugar-kolagen-jerawat?

Sekiranya anda tak boleh tinggalkan kopi, apa kata :

1. Minum kopi tanpa gula atau gunakan stevia.

2. Kalau suka kopi susu, tukar kepada non-dairy milk seperti almond milk.

3. Elakkan minum kopi pada waktu malam supaya mudah tidur.

Tindak balas terhadap kopi dan kafein terhadap kulit tak sama from person to person. Sekiranya ada masalah jerawat, cara yang paling tepat, dalam tempoh penggunaan Gloei selama 20 hari, jangan minum kopi lansung [sebaik-baiknya stop sugar too]. Dalam tempoh ini gunakan Cleansing Gel GreenAaard untuk rawatan kulit. Sekiranya kulit bertambah baik, barulah slowly start coffee again, maybe 1 cawan sehari dulu.

 

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart