Adakah Gloei menyebabkan tumbuhnya jerawat kecil pada muka?
Ada seorang pengguna Gloei tanya samada penggunaan Gloei akan memberi side effect tumbuhnya jerawat kecil pada muka?
Jawapannya TIDAK.
Gloei bertujuan untuk menambahkan collagen production dalam badan. Pertambahan collagen secara lojiknya akan menjadikan kulit lebih cantik dan berseri. Mustahil boleh menggalakkan pertumbuhan jerawat.
Apa yang ramai tidak tahu, jerawat bukan sahaja berpunca dari makanan atau perubahan hormon atau faktor persekitaran [udara/habuk] tetapi juga mutasi genetik yang menghalang proses pembentukan semula kolagen. Mutasi genetik boleh menjadi salah satu penyebab utama munculnya jerawat apabila mengambil Gloei, however this is very very rare case.
Jerawat telah lama dianggap berpunca dari rembesan minyak yang terlalu banyak oleh kelenjar sebum yang kemudiannya bercampur dengan sel kulit mati. Hakikatnya, itu bukanlah satu-satunya punca jerawat.
Dalam badan manusia ada sejenis enzim yang membantu membentuk semula kolagen. Apabila enzim ini tiada/kurang akibat dari mutasi genetik, penghasilan kolagen akan terbantut atau menjadi perlahan. Bila pembentukan kolagen terganggu, sel-sel kulit yang baru yang biasanya akan bergerak menghampiri kawasan kelenjar sebum akan terus membahagi [mitosis] terapi tak bergerak. Sel-sel tersebut akan 'tersangkut' di kawasan yang dinamakan junctional zone berhampiran permukaan kulit. Akibatnya kawasan ini akan ditumbuhi jerawat dan berpotensi untuk mendapat blackhead juga.
Memandangkan Gloei meransang penghasilan kolagen, jadi bagi mereka yang ada masalah mutasi genetik mungkin akan mendapat side effect tersebut. Jika anda salah seorang darinya, nasihat kami, cuba habiskan sebotol Gloei dulu dan lihat jika ada perubahan. Jika tidak, berhenti guna.