GLOEI tidak meningkatkan pertumbuhan rambut dan inilah sebabnya.

GLOEI bukan magic supplement. Ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Hari ini kami menjawab satu soalan penting - "Bolehkah GLOEI membantu pertumbuhan rambut?"

Kolagen adalah struktur utama protein yang terdapat dalam pelbagai tisu penghubung di dalam badan. Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat pada manusia, iaitu sekitar 25%-35% dari kandungan protein seluruh badan. Kebanyakan kolagen terdapat pada tendon, ligamen dan kulit.

Kolagen terdapat di tisu kulit yang mengelilingi folikel. Walaupun hanya terdapat sebilangan kecil kolagen di lapisan luar rambut - kolagen tetap memainkan peranan penting dalam menjaga fungsi folikel rambut.

Semasa peringkat pertumbuhan rambut, jumlah kolagen yang mengelilingi hair bulb meningkat. Ketika folikel rambut matang, ia mula kehilangan dua lapisan kolagen di sekitarnya. Oleh kerana badan kita menghasilkan banyak kolagen, lapisan-lapisan ini tumbuh semula dan menyokong folikel rambut sehinggalah ia memasuki tahap pertumbuhan semula.

"Kenapa kesan penggunaan GLOEI tidak sama untuk semua orang?"

Ok. Our bodies have a way of prioritizing. Kalau badan memerlukan kolagen untuk menyembuhkan luka, di situlah kolagen akan "dihantar". SEbahagian besar asid amino akan diperuntukkan bagi membina kolagen untuk menyembuhkan luka.

Dalam erti kata lain, kalau kita ada masalah parut jerawat, GLOEI akan merangsang kolagen dan kolagen yang terbentuk akan merawat parut jerawat terlebih dahulu berbanding melebatkan rambut. Boleh faham?

Sebab itulah penting untuk kita melihat kondisi kulit. The severity of our skin problem akan menentukan lambat atau cepatnya proses pemulihan itu nanti. Yang penting, jangan membandingkan progress kita dengan orabg lain tetapi track your progress dengan bagaimana anda sebelum mengambil GLOEI.

 

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart