GLOEI - Anti-aging Supplement?

Kulit adalah lapisan pelindung badan bagi haiwan dan manusia. Seiring bertambahnya usia, perubahan tertentu berlaku pada kulit yang dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman. Kulit perlahan-lahan menipis walaupun jumlah selnya tetap sama. Perubahan pada kulit adalah antara tanda penuaan yang paling ketara yang merangkumi :

  • kedutan
  • kulit kendur
  • age spots
  • kulit kering
  • kehilangan lemak bawah kulit

Semua tanda-tanda ini memerlukan rawatan anti-penuaan. Seiring bertambah usia, badan kurang menghasilkan kolagen dan elastin. Akibatnya, kulit mudah rosak dan hilang keanjalan. Dengan penggunaan produk atau rawatan anti-penuaan, pengeluaran kolagen dapat ditingkatkan, atau kehilangannya dapat diperlahankan.

Walaupun cahaya matahari penting untuk sintesis vitamin D, sinar UV mengakibatkan kulit tua sebelum waktunya kerana bukan sahaja penghasilan kolagen menjadi perlahan tetapi penurunan fibronektin dan elastin.

Pendedahan yang berulang-ulang pada sinar UV meningkatkan degradasi (kemusnahan) kolagen dan mengubah serat elastin. Ketiadaan kedua-dua kolagen dan elastin pada kulit menyebabkan kehilangan keanjalan dan kekuatan kulit. Selain itu, kulit juga hilang keupayaan untuk memperbaiki dirinya sendiri.



Sebahagian besar perubahan yang berlaku pada kulit disebabkan oleh gabungan faktor luaran dan dalaman. Selain faktor sinar UV, perubahan hormon juga menyebabkan kulit menjadi bermasalah.

Penuaan kulit boleh berlaku akibat perubahan aktiviti hormon. Penurunan beberapa hormon dalam badan kita seperti estrogen, testosteron, melatonin, insulin, kortisol, tiroksin, dan hormon pertumbuhan boleh merosakkan beberapa fungsi kulit. Pada wanita pasca menopause, penurunan estrogen mengakibatkan tanda penuaan cepat berlaku seperti kekeringan, kedutan, hilangan keanjalan, pemecahan kolagen dan atrofi.

GreenAard mempunyai 2 produk yang dicadangkan untuk membantu masalah kulit dari dalaman.

[a] Gloei :
- membantu merangsang pembentukan kolagan dari dalam, secara semulajadi.
- tidak ada kolagen di dalamnya
- kategori makanan tambahan
- 20 sachet
- RM139

[b] Herba Rahsia Rimba :
- membantu menyeimbangkan hormon kewanitaan
- memperbaiki kitaran haid dan mengurangkan PMS
- mengurangkan simptom menopause
- 30 kapsul
- RM55

WHATSAPP 012-7728976

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart