Usia meningkat, hormon berubah-ubah

Seiring usia, secara semula jadi perubahan dalam sistem badan berlaku. Beberapa tisu menjadi kurang sensitif terhadap hormon. Jumlah hormon yang dihasilkan juga berubah.

Tahap darah beberapa hormon meningkat, ada yang menurun, dan ada yang tidak berubah. Hormon juga dipecah (dimetabolisme) dengan lebih perlahan. Sebagai contoh, tisu endokrin menghasilkan lebih sedikit hormon bila usia meningkat ATAU boleh jadi ia tetap menghasilkan jumlah yang sama tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Sebagaimana yang kita belajar semasa di sekolah dulu, pusat kawalan hormon adalah di otak (hipotalamus). Hipotalamus menghasilkan hormon yang mengawal struktur lain dalam sistem endokrin. Jumlah hormon yang dihasilkan oleh hipotalamus tetap sama, tetapi tindak balas oleh organ endokrin boleh berubah seiring bertambahnya usia.

Kelenjar pituitari juga terletak di otak. Kelenjar ini mencapai ukuran maksimum pada usia pertengahan dan beransur-ansur menjadi lebih kecil. Ia mempunyai dua bahagian:



- Posterior menyimpan hormon yang dihasilkan di hipotalamus.
- Anterior menghasilkan hormon yang mempengaruhi pertumbuhan, kelenjar tiroid, korteks adrenal, ovari, testis, dan payudara.

Kelenjar tiroid terletak di leher. Ia menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme. Jadi, kemampuan weight loss ada kaitan dengan fungsi tiroid. Sebab itulah sesiapa yang ada masalah tiroid kami tak recommend ambil GC Plus kerana ada faktor hormon yang 'kacau' weight loss. Ditambah pula bila usia meningkat, tiroid menjadi 'degil'. Metabolisme mula melambat dari masa ke masa, bermula usia 35.

Sebab itulah, JANGAN AIM UNTUK KURUS, tetapi aim untuk tidak overweight. Kerana seiring dengan usia, perubahan hormon memang mengganggu banyak sistem badan.

Ok, apa lagi masalah hormon yang mengganggu seiring dengan usia?

Hormon paratiroid mempengaruhi tahap kalsium dan fosfat, yang mempengaruhi kekuatan tulang. Tahap hormon paratiroid meningkat seiring bertambahnya usia, yang menyumbang kepada osteoporosis.

Ovari dan testis menghasilkan sel pembiakan (ovum dan sperma). Ia juga menghasilkan hormon seks yang mengawal payudara dan janggut/misai. Seiring usia, lelaki boleh mempunyai tahap testosteron yang rendah dan tahap estrogen dalam wanita menurun bila menghampiri menopaus.

Insulin membantu mengawal kandungan gula dalam darah, di mana ia boleh digunakan untuk tenaga. Tahap glukosa puasa meningkat setiap 10 tahun selepas usia 50 tahun kerana sel menjadi kurang sensitif terhadap kesan insulin.

Hormon yang biasanya menurun termasuk :

- Aldosteron (mengawal tekanan darah)
- Calcitonin (mengatur kadar kalsium dan fosfat dalam darah)
- Hormon tumbesaran
- Renin (enzim yang mengawal gangguan pada fungsi ginjal)
- Estrogen dan prolaktin

Hormon yang selalunya tidak berubah atau hanya menurun sedikit :

- Kortisol (hormon stress)
- Adrenalin
- Insulin
- Hormon tiroid

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart