Soalan Yang Kita Semua Ada Tentang Lemak Badan
Lemak selalu dikelilingi oleh aura negatif. Ia adalah sesuatu yang mahu dihilangkan dari setiap diet. Tetapi adakah lemak benar-benar buruk untuk badan? Apa peranannya? Dan apabila lemak hilang, ke mana perginya?
Soalan 1 : Bolehkah Makan Makanan Tertentu Membantu Menurunkan Lemak?
- Walaupun kelihatan counterintuitive, makan sebenarnya boleh membantu badan membakar lemak dan menurunkan berat badan - JIKA makan makanan yang betul.
- Makanan yang tinggi protein, seperti daging tanpa lemak, telur, kekacang, memerlukan lebih banyak kerja untuk menguraikannya, jadi badan harus bekerja lebih keras (dan membakar lebih banyak kalori) untuk mencernanya.
- Makanan pedas meningkatkan metabolisme. Capsaicin, sebatian yang menjadikan lada panas, bukan sahaja dapat membantu menahan selera makan, tetapi meningkatkan pembakaran kalori dan mengurangkan keinginan untuk makan banyak.
Makan lemak boleh membantu badan menghilangkan lemak. Eh, macamana tu?
Diet yang menekankan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti salmon, terbukti menambahkan rasa kenyang, sehingga mendorong penurunan berat badan. Yang paling penting, diet tinggi lemak sebegini lebih berkesan untuk menurunkan risiko serangan jantung berbanding diet rendah lemak.
Soalan 2 : Adakah Otot Berat Lebih Daripada Lemak?
Betul, otot beratnya lebih banyak daripada lemak, tetapi perlu diingat 1kg otot tetap sama berat dengan 1kg lemak. Perbezaannya ialah otot lebih padat daripada lemak. Jika membandingkan 1 inci padu otot dengan 1 inci padu lemak, otot pasti akan lebih berat. Jadi, jika selepas 2 bulan mengambil GC Plus tetapi berat pada skala tidak jauh berbeza, ini adalah kerana lemak yang hilang telah diganti dengan otot yang mungkin sama berat atau lebih berat dari lemak yang hilang. Cuba pakai baju lama, pasti terasa perbezaannya.
Soalan 3 : Adakah Otot Membakar Lebih Banyak Kalori Daripada Lemak?
Betul. Otot direka untuk pergerakan. Ia membakar tenaga pada kadar yang lebih tinggi daripada lemak. Lemak direka untuk menyimpan atau menjimatkan tenaga. 1kg otot membakar sekitar 7 - 10 kalori sehari ketika berehat, berbanding dengan 2-3 kalori untuk lemak.
Soalan 4 : Saya ambil GC Plus dan bersenam setiap hari tapi badan lambat turun. Kenapa?
Sebenarnya tidak ada "senaman untuk membakar lemak". Bagaimanapun, jenis senaman yang akan membakar kalori paling banyak adalah senaman yang membuatkan otot bekerja keras sehingga struggle mencari kalori dalam aliran darah. Berjoging, berbasikal dan menaiki tangga adalah contoh senaman yang baik. Tetapi perlu diingat, bersenam terlalu keras membuatkan otot terlebih bekerja, menjadikannya kurang cekap dalam membakar kalori. Inilah antara punca kenapa bersenam setiap hari tetapi berat tidak turun seperti yang diharapkan. Don't overdo.
Soalan 5 : Semasa Menurunkan Berat, Ke Mana Perginya Lemak?
Apabila seseorang menurunkan berat badan, selagi dia tidak kelaparan, badan literally menyerap lemak. Kemudian badan mengubah lemak menjadi karbohidrat yang dapat digunakan sebagai tenaga dan memetabolismekannya menjadi karbon dioksida, air, dan peluh.
- Jika anda bersenam, pastikan sehingga mengeluarkan peluh yang menitik.
- Jika anda bersenam sehingga tercungap-cungap bernafas, bermakna pembakaran lemak sedang berlaku.
- Jika anda mengambil GC Plus dan kerap buang air kecil, itu bukti GC Plus sedang berkerja.
Soalan 6 : Adakah semua LEMAK tidak baik?
Tidak.
Badan mengandungi 2 jenis sel lemak :
a. sel lemak putih
b. sel lmak gelap
Tugas sel lemak putih adalah menyimpan kalori untuk kegunaan masa depan. Lemak putih bertambah apabila kita makan lebih banyak kalori. Dari sini kita mendapat lemak dengan dua cara :
a. sel-sel lemak kita bertambah besar.
b. kita membuat lebih banyak lemak.
Tugas sel lemak coklat adalah menghasilkan haba. Untuk melakukan itu, sel-sel menyimpan lemak untuk sementara waktu sehingga dapat digunakan sebagai sumber bahan bakar. Sel-sel lemak coklat ini adalah lemak "baik".