Semakin berjogging semakin berat tak turun
Pernahkah tertanya-tanya "Kenapa berat saya tak turun? Kenapa degil sangat lemak saya?"
Padahal segalanya dah dibuat. Dah makan makanan sihat, pergi gim 5 hari seminggu secara konsisten dan buat senaman kardio yang banyak [lama]. Tetapi setiap kali menimbang berat badan dan ukur lilitan pingang, semuanya masih sama!
Sebab pertama adalah kerana makan terlalu banyak kalori. Satu-satunya cara untuk menurunkan lemak badan adalah dengan mengurangan kalori. Badan perlu keluarkan lebih banyak kalori daripada yang diambil. Ramai di antara kita menganggap bila makan sedikit, kalori juga sedikit. Belum tentu.
Sebab kedua adalah terlalu banyak melakukan senama kardio. Pelik, kan? Bagaimana terlaku banyak jogging/cycling/brisk walk boleh buatkan berat tak menurun.
Kardio adalah tekanan yang diberikan pada badan. Semasa melakukan kardio, badan bertindak balas dengan menyesuaikan diri dengan tekanan itu. Ketika menyesuaikan diri dengan tekanan, badan mencari cara terbaik untuk melakukan jumlah kerja tersebut tanpa mengeluarkan tenaga yang banyak. Satu-satunya cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga agar lemak terus membakar, adalah dengan melakukan lebih banyak kardio. Masalahnya, semakin kerap melakukan kardio, semakin sedikit tisu otot yang dibina kerana kalori tidak mencukupi.
Walaupun senaman baik untuk badan, badan kita menganggapnya sebagai STRESS, sama seperti stress beban kerja pejabat. Terlalu banyak senaman boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental (termasuk metabolisme). Terlalu banyak kardio mengakibatkan pengecutan otot. Otot yang mengecut menyebabkam sedikit lemak dibakar.
Bukan bermaksud perlu berhenti kardio. Tak. Yang penting, kenali badan sendiri. Badan biasanya memberi isyarat bahawa sudah waktunya untuk mengubah/berhenti melakukan sesuatu. Sekiranya mengalami SALAH SATU daripada gejala ini, mungkin merupakan tanda bahawa anda terlalu banyak melakukan kardio.
- Penambahan berat badan/berat statik. Kardio biasanya tidak membantu penurunan berat badan. Badan menjadi "terbiasa" defisit kalori dan menyimpan tenaga sebagai lemak. Di samping itu, kebanyakan orang makan lebih banyak selepas bersenam.
- lemak badan bertambah atau sukar untuk kehilangan lemak badan (boleh tahu dari ukuran pinggang]
- Perubahan hormon
- Sakit sendi dan sakit otot
- Sistem imun yang tertekan (lebih kerap demam/selsema)
- Mood berubah
- Selera makan berubah
- Insomnia
- Cepat letih
- Ketidakupayaan untuk fokus