Low Fat vs Low Carb - Mana yang lebih baik untuk menurunkan berat badan?
Ramai orang suka diet rendah lemak untuk membantu menurunkan berat badan, tetapi diet rendah karbohidrat sama-sama efektif. Walaupun keduanya membantu menurunkan berat badan, diet rendah karbohidrat dan rendah lemak are structured differently.
Diet karbohidrat
Diet karbohidrat adalah bersifat ketogenik. Bermaksud, menyekat pengambilan karbohidrat untuk merangsang ketosis, iaitu keadaan di mana badan menggunakan lemak untuk tenaga dan bukannya karbohidrat. Diet ini menyekat karbohidrat jahat seperti minuman & makanan manis dan makanan bertepung [kek, biskut, roti canai]. Ada juga mengehadkan pengambilan karbohidrat sihat seperti nasi, sayuran berkanji, buah, dan pasta.
Diet rendah lemak
Diet rendah lemak mengehadkan pengambilan lemak kurang daripada 30% daripada jumlah kalori harian. Makanan tinggi lemak seperti minyak masak, mentega dan susu full cream penuh lemak biasanya "diharamkan". Walaubagaimanapun yogurt rendah lemak, susu rendah lemak, dan daging lembu [lean cuts] boleh diambil.
Yang mana lebih baik?
Diet rendah karbohidrat lebih berkesan.
Kajian menunjukkan mereka yang mengambil diet rendah karbohidrat hilang berat badan 3 kali lebih daripada yang mengambil diet rendah lemak. Sebab itulah kami selalu menasihatkan KALAU BOLEH, hentikan semua karbohidrat jahat [gula & tepung].
Karbohidrat jahat menyumbang kepada belly fat. Jadi, kalau nak perut menyusut, hentikan semua makanan & minuman manis serta makanan bertepung seperti kek, kukis, roti canai, mee.
Makanan rendah karbohidrat boleh mempengaruhi aspek kesihatan yang lain dengan cara yang berbeza. Ini termasuk :
Kolesterol.
Diet rendah karbohidrat lebih berkesan untuk meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).
Trigliserida [komponen kolesterol]
Diet rendah karbohidrat mengurangkan trigliserida jauh lebih cepat dari diet rendah lemak.
Tekanan darah
Apabila kolesterol berkurangan, saluran darah menjadi kurang tebal, menjadikan tekanan darah lebih stabil.
Apa kaitannya dengan Basic Value Pack?
GC Plus dalam Basic Value Pack mengandungi HCA yang merencatkan aktiviti enzim yang membentuk lemak. Tindakbalas ini membuatkan karbohidrat ditukarkan ke dalam bentuk glikogen dan diarahkan untuk disimpan dengan lebih banyak ke dalam otot, menjadikan lean muscle meningkat. Bila otot meningkat, lebih cepat ia membakar lemak.
Lemak dari makanan dipecahkan menjadi asid lemak. Asid lemak yang tidak diperlukan dibungkus dalam bentuk trigliserida dan disimpan dalam sel lemak. Nutrijuice membantu mengurangkan trigliserida, seterusnya merendahkan kolesterol. Apabila trigliserida berkurangan maka proses penurunan berat badan berlaku dengan lebih baik.