Mengehadkan Kalori Boleh Memudaratkan

Ramai yang bila nak menurunkan berat badan, selalu menyekat jumlah kalori yang diambil. Sedangkan, mengehadkan kalori dengan extreme boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk rendah kesuburan dan tulang lemah.

Badan memerlukan kalori untuk berfungsi dengan baik bagi mengekalkan 3 proses utama :

- Fungsi asas termasuk fungsi otak, ginjal, jantung, paru-paru dan sistem saraf dengan betul.
- Pencernaan untuk mencerna makanan yang dimakan.
- Aktiviti fizikal untuk menjalankan tugas harian dan senaman.

Secara amnya, makan lebih banyak kalori daripada keperluan badan akan menyebabkan berat badan bertambah. Makan sedikit kalori daripada yang diperlukan oleh badan membawa kepada penurunan berat badan. Mungkin inilah punca kenapa ramai yang menyekat pengambilan kalori bila berdiet.

Hakikatnya, makan sedikit kalori daripada keperluan badan secara konsisten boleh menyebabkan metabolisme menjadi perlahan. Diet rendah kalori akan mengurangkan jumlah kalori yang dibakar oleh badan kerana otot sudah mengecil.

Mengambil sedikit kalori secara rutin boleh menyebabkan keletihan dan menjadikan perjalanan diet lebih sukar. Diet yang terhad kalori tidak menyediakan jumlah zat besi, atau vitamin yang mencukupi. Ini menyebabkan keletihan yang melampau dan mudah give up.

Mengehadkan kalori boleh mengurangkan kesuburan. Kemampuan untuk ovulasi bergantung pada tahap hormon. Hormon sebahagiannya bergantung pada jumlah kalori yang terdapat dalam diet.

Pengambilan kalori yang tidak mencukupi mengurangkan tahap estrogen. Tahap estrogen yang rendah memberi risiko pada kulit, tulang dan kitaran haid.

Mengambil terlalu sedikit kalori boleh melemahkan tulang kerana dapat mengurangkan tahap estrogen dan testosteron. Tahap rendah kedua-dua hormon ini mengurangkan pembentukan tulang dan meningkatkan pereputan tulang.

Berpada-pada dalam berdiet. Jangan terlampau menyekat makanan. KAWAL portion sudah memadai. Mudahkan perjalanan diet dengan Basic Value Pack - Weight Loss Booster.

Hubungi kami untuk free consultation, 012-7728976.

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart