Bagaimana untuk mengetahui sama ada berat yang hilang adalah berat air atau berat lemak.
Apabila mula berdiet, adalah perkara biasa bila berat badan turun dengan cepat pada awalnya. Tetapi lama-kelamaan, penurunan berat badan seakan mula berhenti atau apa yang dipanggil sebagai PLATEAU. Ini kerana, berat yang turun dengan konsisten pada awal tadi adalah berat air, bukannya berat lemak.
Sebab itulah GreenAard sediakan weight loss tracker card untuk memantau progres penurunan berat badan dan saiz pinggang pada 10 hari pertama.
Kenapa?
Kerana dalam tempoh 10 hari, sekiranya berat badan anda tidak berganjak, maknanya something wrong with your body. Kalau air pun tak turun, let alone lemak.
Angka yang terpapar pada skala penimbang ketika menimbang berat adalah berat every single thing in our body - lemak, air, tulang dan otot. Sebahagian besar berat yang hilang di awal adalah air.
Apabila kita mengehadkan pengambilan kalori [dari makanan], badan menggunakan glikogen untuk sumber tenaga. Glikogen adalah gula simpanan yang tersimpan di otot dan hanya digunakan apabila diperlukan.
Menariknya tentang glikogen, ia menahan air. Setiap gram glikogen menahan 3 gram air. Oleh itu, apabila badan menggunakan glikogen [samada melalui sekatan makanan atau bersenam], badan akan kehilangan air. Air ini akan bertambah kembali setiap kali kita makan.
Itulah sebabnya kenapa kita mudah dapati berat turun naik dengan cepat. Jumlah air yang ditampung badan bergantung pada banyak perkara seperti hormon dan kuantiti air yang diminum. Sebab itu, jangan terlalu fokuskan pada berat penimbang, kita mudah untuk merasa kecewa.
Berat yang sihat turun sekitar 430g seminggu. Bermakna, dalam sebulan, you can expect berat turun sekitar 1.5-2kg. Body fat yang normal pula turun sekitar 1-2% dalam sebulan. So, if you're seeing drops that are greater than that, it's likely from water, not fat.
Begitu juga dengan kenaikan berat badan. Kalau semalam berat 70kg, dan hari ini 72kg, that's probbaly excess water. Untuk menambah berat lemak sebanyak 2kg, kita perlu makan lebih kurang 10,000 kalori dan ini sangat mustahil untuk dibuat dalam masa 1 hari. Jadi, kalau berat bertambah mendadak begitu, jangan panik.