Terlalu kurus boleh menuakan wajah.


Penyelidikan mendapati bahawa kurus menjadikan wajah kelihatan lebih tua, dan ini berlaku hanya untuk wanita berusia lebih 40 tahun. Sebaliknya, bagi wanita di bawah 40 tahun, penambahan berat badan memberikan wajah yang lebih muda.

"Ada kajian tentang ini?"

Ya, ada. Boleh refer beberapa jurnal penyelidikan dari Plastic and Reconstructive Journal.

Kurus (underweight) di usia 40-an adalah punca utama loss of volume pada di wajah. Kehilangan volume mewujudkan rahang dan membuat kedutan terserlah terutama di bahagian mata dan mulut. Apabila ditambah dengan penurunan berat badan yang extreme, penampilan wajah tua semakin jelas dan aging is accelerated. Ini kerana, bentuk muka berubah mengikut usia. Sebab itulah berat badan yang ideal (atau bahasa mudahnya, BERISI) menjadikan wajah kelihatan lebih muda.

Tetapi, memberitahu wanita untuk menambah berat badan supaya kelihatan lebih muda, that's silly. Wanita sangat takut gemuk. Hakikatnya, kajian sains membuktikan muka yang berisi kelihatan lebih muda daripada muka yang cengkung akibat terlalu kurus. Ini kerana, pada penghujung usia 20-an dan awal 30-an, bentuk muka adalah seperti heart shape (bujur sirih), tetapi ketika 40-an, wajah menjadi bersegi.

Menambah berat badan memang tidak digalakkan. Tetapi jangan kurus. Cukup sekadar IDEAL WEIGHT. Walaupun ideal weight kadangkala membuatkan badan kelihatan berisi, anda tidak overweight! Why worry?

Menjadi kurus mungkin popular, tetapi di usia 40-an, wajah akan kelihatan tua berbanding rakan seusia, dan kedutan lebih cepat muncul.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart