Bolehkah SHAPING CREAM membuang selulit?


TIDAK ADA KRIM yang boleh menghilangkan selulit kerana selulit hanya boleh hilang dengan surgery. Krim selulit boleh membantu mengurangkan penampilan selulit sahaja. Selulit tidak seperti lemak yang bertindak balas dengan baik terhadap diet atau senaman.

Dalam kes selulit, once it’s there, it’s difficult to get rid of. Sesetengah spa menawarkan urutan di kawasan selulit. Ini boleh meningkatkan aliran darah dan mengurangkan cecair yang berlebihan. Walaupun urutan di kawasan selulit boleh membantu, the improvements won’t last.

Kebanyakan terapi hanya boleh mengurangkan penampilan selulit untuk beberapa ketika selepas rawatan sahaja. Ramai fikir selulit ada kaitan dengan berapa banyak lemak dalam badan. Hakikatnya selulit boleh ada pada orang yang kurus, pada berat badan normal dan pada berat badan berlebihan. Kita semua mempunyai sel lemak di bawah kulit yang tumbuh dari semasa ke semasa disebabkan oleh hormon, gaya hidup dan diet.

Di bawah kulit ada fibrous connective cords yang menambat kulit ke otot di bawahnya, dengan lemak terletak di antaranya. Apabila sel-sel lemak terkumpul, mereka menolak ke atas kulit, manakala fibrous connective cords ditarik ke bawah. Ini menghasilkan permukaan yang tidak rata atau SELULIT. Hormon memainkan peranan yang besar dalam perkembangan selulit, dan genetik pula menentukan struktur kulit, tekstur kulit dan jenis badan.

Sebagai wanita, kelenjar menghasilkan kurang estrogen apabila semakin tua. Hormon estrogen memastikan darah bergerak. Apabila jumlah estrogen berkurangan, peredaran darah menjadi lebih teruk. Tahap pengeluaran kolagen juga menurun. Akibatnya, tisu penghubung menjadi lemah, dan selulit mula merebak. Jadi ya, selulit lebih terselah ketika usia meningkat akibat kulit kehilangan keanjalan (estrogen dan kolagen memainkan peranan).

Selulit adalah warisan genetik. Seseorang juga boleh mendapat selulit jika ada ahli keluarga yang mempunyai selulit.

Pertambahan berat badan boleh menjadikan selulit lebih ketara, tetapi orang yang kurus boleh mempunyai selulit juga. Ini bermakna, walaupun menurunkan berat badan adalah langkah yang baik, ia TIDAK AKAN menjadikan selulit hilang. However, the good news is menurunkan berat badan boleh mengurangkan PENAMPILAN selulit pada paha, perut, punggung dan lengan.

Walaupun sesetengah produk anti-selulit (krim) mungkin mempunyai brief effect, ia tidak akan menyingkirkan selulit selama-lamanya. Tidak kira apa yang dikatakan oleh iklan krim anti-selulit, science says otherwise.

Adakah GC PLUS boleh membantu?

GC PLUS boleh membantu menurunkan berat badan, tetapi selulit tidak akan hilang. Once it’s there, it's there.

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart