"Kalau skip nasi baru boleh cepat kurus"
Ya, betul. Tetapi...
Apabila makan makanan yang mengandungi karbohidrat (nasi), tahap glukosa darah meningkat. Peningkatan glukosa menyebabkan pankreas menghasilkan insulin. Peranan insulin adalah untuk membantu badan mengambil glukosa dari darah dan ditukarkan menjadi tenaga.
Apabila badan tidak memerlukan tenaga, insulin menukarkan glukosa kepada glikogen, lalu dihantar ke hati, otot, dan sel lemak, untuk disimpan. 6% dari berat keseluruhan hati adalah glikogen. Manakala hanya 1%-2% berat keseluruhan otot terdiri dari glikogen. Sebab itulah kita hilang tenaga dengan cepat semasa melakukan senaman kerana jumlah tenaga (glikogen) pada otot sangat sedikit.
- how active you are
- banyak mana tenaga yang digunakan semasa anda berehat
- jenis makanan yang dimakan
Glikogen yang tersimpan dalam otot digunakan hanya oleh otot itu sendiri. Manakala glikogen yang tersimpan di hati diedarkan ke seluruh badan - terutamanya ke otak. Sebab itulah berulang kami pesan JANGAN SKIP KARBOHIDRAT semasa berdiet. Ini kerana, otak adalah pusat kawalan sistem badan. Jika otak tidak mendapat 'makanan' yang cukup, badan akan terganggu.
Apabila tahap glukosa dalam badan menurun, sama ada kerana belum makan atau kerana bersenam, kadar insulin juga akan turun. Apabila ini berlaku, glikogen mula dipecahkan untuk membekalkan tubuh dengan glukosa. Selama 8-12 jam berikutnya, glukosa dari hati akan menjadi sumber tenaga utama badan. Otak menggunakan lebih daripada separuh glukosa badan semasa tempoh berehat (contohnya, semasa tidur). Sepanjang hari biasa pula, permintaan otak untuk glukosa jauh lebih tinggi.
Apa yang kita makan, berapa kerap kita makan, dan tahap aktiviti mempengaruhi bagaimana badan menyimpan dan menggunakan glikogen. Kesannya sangat teruk kalau kita mengambil diet rendah karbohidrat, dimana sumber utama glukosa (karbohidrat) sengaja dibataskan.
Ketika simpanan glikogen habis, badan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. That is a good news untuk mereka yang ingin kurus, tetapi perlu faham satu perkara. Sekiranya otak tidak mendapat glukosa yang cukup, hormon anda akan terganggu, kitaran haid kacau-bilau, serta weight management juga go haywire.
Jadi, apa kaitan GC PLUS dalam topik ini?
Ok, perasan tak, ketika di restoran fine-dining, sebelum makan makanan utama, mereka menghidangkan roti terlebih dahulu? Ini kerana, roti adalah karbohidrat. Karbohidrat meningkatkan tahap serotonin secara semula jadi. Bila serotinin dibebaskan, badan merasa tenang, hormon berada dalam keadaan baik dan terkawal, dan perut cepat kenyang (kurang merasa lapar). By the time makanan utama tiba, perut sudah tidak terlalu lapar kerana kita telah pun makan roti.
Perut anda kenyang kerana sudah makan roti, tetapi kenyang kerana serotonin telah dibebaskan dalam badan, oleh otak. Itulah mekanisme GC PLUS dalam membantu menurunkan berat badan. Ia tidak membakar lemak secara lansung, tetapi merangsang serotonin supaya perut merasa kurang lapar. Secara tidak lansung, setelah mengambil GC PLUS, anda jadi kurang makan, kurang craving makanan manis dan berlemak.