Tak perlu jadi hamba kepada penimbang berat.
Penimbang berat badan tidak selalu memberikan penilaian yang tepat tentang berat badan. Berat yang dipaparkan pada penimbang adalah berbeza-beza bergantung kepada apa yang kita pakai, faktor hormon dan water retention.
Penimbang hanya boleh menunjukkan sama ada berat adalah normal atau tidak. Tetapi, ia tidak menunjukkan berapa banyak body fat dalam badan. Maka, tak perlu jadi hamba kepada penimbang kerana ada faktor lain yang mesti diambil kira bagi membuktikan badan sudah kehilangan lemak.
Cara yang terbaik untuk mengukur berat badan adalah dengan menggunakan pita pengukur (measuring tape). Ambil ukuran:
- atas lengan
- perut (dibahagian pusat)
- pinggul
- aha
- pinggang
Kaedah 1
Ambil ukuran pinggang dan pastikan pita ditarik tegang. Ukur secara langsung di atas permukaan kulit. Jangan ukur di atas pakaian. Ambil ukuran sebulan 1-2 kali sahaja kerana perubahan dalam beberapa hari atau minggu selalunya tidak berapa jelas.
Kaedah 2
Tetapkan sepasang seluar jeans sebagai ‘benchmark’ anda. Cuba seluar tersebut 2 kali sebulan untuk melihat progress penurunan berat badan.