"Saya ada hati berlemak. Saya syak puncanya saya makan supplemen brand **"
Opps! Nanti dulu. Jangan terlalu cepat membuat andaian. Punca lemak terkumpul di dalam hati adalah akibat makan terlalu banyak hingga berlebih kalori, bukan kerana memakan supplemen. Apabila hati tidak memproses dan memecahkan lemak seperti biasa, lemak akan terkumpul. Lemak di dalam hati lebih cepat bertambah sekiranya seseorang mempunyai masalah seperti obesiti, diabetes atau trigliserida tinggi (kolesterol tinggi).
Penurunan berat badan yang cepat dan kekurangan zat makanan (malnutrition) juga boleh menyebabkan hati berlemak. Walau bagaimanapun, ada juga orang mendapat hati berlemak walaupun mereka tidak mempunyai sebarang keadaan tersebut. Penyakit hati berlemak merupakan penyakit hati yang biasa. Kira-kira satu dalam setiap 10 orang. Adalah normal untuk hati mengandungi sedikit lemak, tetapi jika lemak di dalam hati melebihi 10 peratus daripada berat hati, then you have fatty liver dan mungkin bakal mendapat komplikasi yang lebih serius.
Hati berlemak selalunya tidak menyebabkan kerosakan hati, tetapi lemak yang berlebihan itu boleh membawa kepada radang hati. Kebanyakan pesakit hati berlemak adalah mereka di pertengahan umur dan memiliki berat badan berlebihan. Faktor risiko yang paling kerap dikaitkan dengan hati berlemak adalah:
Walau bagaimanapun, memakan makanan berlemak, tidak menghasilkan hati berlemak. Tetapi, makan TERLALU BANYAK hingga berat badan berlebihan adalah antara punca hati berlemak. Jadi, adalah penting untuk menjaga body fat supaya tidak melebihi paras yang ideal. Sebab itu GreenAard amat mementingkan size pinggang berbanding angka penimbang. Pinggang adalah indicator terbaik berapa banyak lemak dalam badan. Pinggang yang semakin membesar adalah petanda pemakanan yang tidak betul dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

- berat badan berlebihan (BMI 25-30)
- obesiti (BMI melebihi 30)
- kencing manis
- tahap trigliserida yang tinggi (kolesterol tinggi)
- obesiti, terutamanya di sekeliling pinggang (obesiti perut)
- tekanan darah tinggi
- satu atau lebih paras kolesterol yang tidak normal (sama ada trigliserida tinggi, atau paras HDL yang rendah, atau resistant kepada insulin).