Metabolisme manusia tidak sama.
Memang benar bahawa dua orang dengan saiz dan komposisi badan yang sama boleh mempunyai kadar metabolisme yang berbeza. Seseorang boleh mengambil makanan yang banyak dan tidak menambah berat badan, manakala yang lain perlu mengira kalori dengan teliti untuk tidak menambah berat badan.
Kajian sains telah menemui beberapa kemungkinan tentang kelajuan metabolisme seseorang. Ini termasuklah jumlah otot, tisu lemak dalam badan, umur dan genetik.
Sehingga kini sains masih tidak dapat jawapan mengapa sesetengah keluarga mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi atau lebih rendah. Jantina juga memainkan peranan penting kerana wanita dengan komposisi badan dan umur tertentu membakar sedikit kalori daripada lelaki yang seusia. Sesetengah wanita mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi semasa hari-hari terakhir kitaran haid (fasa luteal). Ketika fasa luteal, kadar metabolisme berehat (BMR) pada sesetengah wanita adalah 10% lebih tinggi.
Satu lagi perkara yang melambatkan metabolisme, adalah usia. Kesannya usia terhadap metabolisme berlaku secara beransur-ansur, walaupun seseorang mempunyai jumlah lemak dan tisu otot yang sama seperti waktu mudanya. Jadi, apabila seseorang berumur 40 tahun, dia membakar sedikit kalori berbanding ketika berumur 20 tahun. Penurunan metabolismes menurun berterusan bermula seawal usia 18 tahun.
Mengapa keperluan kalori berkurangan apabila usia meningkat walaupun masih mengekalkan berat dan otot yang sama - itu adalah salah satu misteri dalam sains. Walaupun terdapat makanan tertentu seperti kafein dan cili yang boleh mempercepatkan kadar metabolisme, perubahan itu sangat sedikit. Walau bagaimanapun, membina lebih banyak otot boleh membantu. Salah satu perkara yang mempengaruhi kadar metabolisme berehat (BMR) ialah jumlah otot tanpa lemak (lean muscle).
Seseorang yang mempunyai lebih banyak otot dan sedikit lemak memiliki metabolisme yang lebih tinggi. Ini kerana otot menggunakan lebih banyak tenaga daripada lemak semasa berehat. Tetapi, jika seseorang mempunyai lebih banyak otot, ia membakar kalori dengan lebih cepat hingga dia terpaksa melawan kecenderungan untuk makan lebih banyak hasil daripada metabolisme yang tinggi.
Nampak tak betapa complicatednya weight loss? Ia tidak semudah - kurangkan makan, jadi kurus. Atau bersenam lebih, jadi kurus. Weight loss adalah satu journey yang panjang, yang mesti dilakukan dengan perlahan-lahan, disiplin, konsisten dan azam yang kuat.