"Kenapa pangkal paha saya hitam?"

Kulit gelap di bahagian dalam paha boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira warna kulit. Ia berlaku apabila kulit di paha menghasilkan banyak melanin, iaitu pigmen yang memberikan warna pada kulit. Ini dipanggil hiperpigmentasi. Terdapat beberapa sebab mengapa pangkal paha seseorang menjadi hitam:
  • ketidakseimbangan hormon, terutamanya di kalangan wanita
  • penghidap sindrom ovarium polikistik (PCOS)
  • makan ubat-ubatan tertentu, seperti ubat hormon atau kemoterapi
  • kerap terdedah pada cahaya matahari
  • kulit kering
  • geseran dari pakaian yang ketat
  • diabetes mellitus
Seseorang yang gemuk (obese) berisiko lebih tinggi untuk mendapat pangkal paha yang hitam kerana kulit merekah (akibat tegang). Kulit yang berubah menjadi hitam ini dinamakan Acanthosis nigricans. Penyebab utama Acanthosis nigricans adalah disebabkan oleh berlebihan berat badan. Bukan sahaja pangkal paha menjadi gelap, malah leher dan ketiak.

Apabila seseorang gemuk, kadar insulin yang tinggi dalam darah memicu pertumbuhan sel-sel kulit yang tidak normal, yang meningkatkan melanin. Proses itu menyebabkan kegelapan pada kulit, menjadikannya kasar. Ia boleh menyebabkan komplikasi pada tubuh, terutama menunjukkan tanda awal kencing manis. Orang yang gemuk juga mempunyai lapisan lemak yang tebal, yang meningkatkan suhu badan mereka dengan cepat. Ini menyebabkan berpeluh berlebihan. Bila badan berpeluh dengan banyak dan kerap, banyak masalah kulit timbul kerana tisu lemak membuat lipatan kulit yang banyak. Ini mempengaruhi pertukaran oksigen dalam sel.

Lipatan kulit bergosok antara satu sama lain menyebabkan geseran. Ini menghasilkan haba dan peluh yang mendorong jangkitan kulat dan bakteria. Keadaan kulit yang lembap untuk tempoh yang lama menjadikan sel-sel resistan terhadap jangkitan bakteria dan akhirnya kulit menggelap. Apa yang mengejutkan ialah hampir 50-60% orang yang gemuk tidak menyedari hal ini. Mereka percaya pakar kulit atau produk kecantikan boleh menghilangkan kesan hitam itu.

Ignorance isn’t bliss, jadi penting untuk mengetahui masalah kulit yang berkaitan dengan kegemukan. The bottom line is, jangan terlalu ambil ringan masalah berat badan. Shed extra kilos boleh menjauhkan kita dengan pelbagai masalah kesihatan.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart