Hubungan Antara Berat dan Kitaran Haid

Penurunan atau penambahan berat badan yang ketara boleh memberi kesan kepada kitaran haid dan PMS. Ovari wanita menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Estrogen membantu membina lapisan kusyen rahim, yang akan menyuburkan telur yang disenyawakan. ika persenyawaan tidak berlaku, lapisan kusyen itu akan dibuang melalui proses haid.

Secara biologi, lemak ditukar menjadi sejenis estrogen lemah yang dipanggil estrone. Wanita yang overweight menghasilkan banyak estrone akibat badan membawa sel lemak tambahan. Estrone yang banyak menyebabkan gangguan haid. Wanita yang overweight atau obes cenderung untuk mendapat haid yang tidak teratur akibat estrone yang banyak. Walau bagaimanapun, lapisan kusyen rahim masih terkumpul hingga ke satu tahap ia menjadi tidak stabil. Akhirnya, seorang wanita boleh mengalami haid yang "banyak seperti air terjun" dengan pendarahan yang berpanjangan atau sangat banyak.

Wanita yang kurang berat badan juga boleh mendapat gangguan kitaran haid. Wanita yang tidak mempunyai banyak lemak pada badan cenderung mengeluarkan haid yang sedikit atau haid tidak teratur. Ini keraba, badan yang terlalu kurus membuatkannya berhenti membuat estrogen (kerana kurang lemak). Kekurangan lemak tidak membenarkan sel menukar lemak kepada estrogen.

Wanita yang memiliki BMI 18.5 atau lebih rendah berisiko mendapat menopaus awal berbanding wanita dengan BMI "normal", antara 18.5 dan 22.4. Risiko berat badan berlebihan secara amnya lebih ramai yang memahami, tetapi wanita sering tidak menyedari komplikasi hormon apabila badan terlalu kurus. Maka, berpada-padalah dalam mengawal berat badan. Jangan terlalu berlebihan lemak, tetapi jangan pula terlalu kurus. Sudah tentu tiada siapa mahu menopause awal, kan?
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart