"Hi! Boleh saya tahu GreenAard ada produk untuk kurangkan FATTY LIVER tak?"
Maaf, tak ada.
GreenAard TIADA sebarang produk khas untuk merawat fatty liver. Tetapi jangan risau, ada penyelesaiannya.
Sebelum merawat sesuatu penyakit, terlebih dahulu mesti tahu apa penyebabnya. Penyakit hati berlemak (fatty liver) adalah disebabkan oleh PENUMPUKAN LEMAK BERLEBIHAN di sel-sel hati. Fatty liver mempengaruhi kira-kira 1 daripada setiap 10 orang. Bermakna, ini bukanlah rare case. Adalah normal bagi hati untuk mempunyai sedikit lemak, tetapi jika lemak menyumbang lebih dari 10% berat hati, mungkin boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius.
Makan kalori berlebihan menyebabkan lemak berkumpul di hati. Apabila hati tidak memproses dan memecah lemak seperti biasa, terlalu banyak lemak akan terkumpul. Kebanyakkan yang mengidap fatty liver adalah mereka yang ada masalah obesiti, diabetes atau trigliserida tinggi (kolesterol). Anda berisiko mendapat fatty liver jika:
Hingga kini, masih belum jelas bagaimana hati menjadi berlemak. Mungkin lemak tersebut datang dari bahagian badan lain, atau hati menyerap jumlah lemak yang banyak. Boleh jadi juga hati hilang kemampuan untuk mengubah lemak menjadi bentuk yang dapat dibuang dati badan. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak TIDAK akan menghasilkan hati yang berlemak. Jadi, apa cara untuk treat fatty liver?

- overweight, terutamanya di pinggang (abdominal obesity)
- tekanan darah tinggi
- satu atau lebih tahap kolesterol yang tidak normal (samada tahap trigliserida tinggi, atau tahap LDL tinggi, atau HDL rendah)
- resistan terhadap insulin
Hingga kini, masih belum jelas bagaimana hati menjadi berlemak. Mungkin lemak tersebut datang dari bahagian badan lain, atau hati menyerap jumlah lemak yang banyak. Boleh jadi juga hati hilang kemampuan untuk mengubah lemak menjadi bentuk yang dapat dibuang dati badan. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak TIDAK akan menghasilkan hati yang berlemak. Jadi, apa cara untuk treat fatty liver?
- Turunkan berat badan
- Kawal diabetes
- Turunkan kolesterol
- Sebelum menggunakan ubat herba/jamu, pastikan ia selamat kerana tidak semua produk herba selamat digunakan