Bagaimana Berat Mempengaruhi Risiko Saya untuk Mendapat Penyakit Buah Pinggang?
Mungkin sudah tiba masanya untuk menurunkan berat badan bagi yang sudah lama overweight. Mengekalkan berat badan yang ideal adalah penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk buah pinggang. Berat badan yang berlebihan atau gemuk boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang dengan beberapa cara yang berbeza.
Pepatah ada menyebut "One thing leads to another." Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes dan tekanan darah tinggi. Diabetes dan tekanan darah tinggi adalah dua penyebab utama penyakit buah pinggang.
Berat badan berlebihan dalam jangka masa yang panjang memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menyaring sisa di atas tahap normal. Lama kelamaan, kerja tambahan ini meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kerana buah pinggang harus bekerja lebih keras.
Ringankan badan anda untuk melindungi buah pinggang. Antara caranya, kawal Indeks Jisim Tubuh (BMI). Angka BMI memberi gambaran kasar mengenai jumlah peratus lemak dalam badan.
BMI normal biasanya antara 18 dan 25. BMI antara 25 hingga 30 dianggap berat badan berlebihan. BMI yang lebih besar daripada 30 dianggap obes.
Dalam kes yang tertentu, mungkin berat badan kita lebih tinggi berbanding dengan orang lain, tetapi mempunyai BMI yang normal. Ini berlaku jika berat badan didominasi oleh otot. Memiliki lebih banyak otot daripada lemak adalah sihat. Sebab itulah BMI hanyalah gambaran kasar. Untuk lebih tepat, kawal body fat.
Periksa buah pinggang anda. Hanya perlu dua ujian mudah : ujian darah dan air kencing. Kawal gula darah jika anda menghidap diabetes. Kawal tekanan darah jika anda mempunyai tekanan darah tinggi.