Makan Protein Terlalu Banyak - Apa Risikonya?


Kita mungkin biasa dengar diet protein seperti Atkins.

Diet Paleo berbeza sedikit berbeza dari Atkins dari segi nisbah makronutrien, tetapi biasanya tinggi dengan protein.

Diet keto pula menekankan pengambilan lemak, tetapi proteinnya juga tinggi.
Diet berasaskan tumbuhan juga boleh mengandungi protein yang tinggi.

The thing is, walaupun protein adalah makro nutrien yang diperlukan badan dan dikategorikan sebagao healthy, makan protein dengan terlalu banyak masih ada risiko yang tidak baik terhadap kesihatan.

Protein membantu membina dan memperbaiki otot, organ, dan tulang. Diet protein terbukti membantu mengurangkan lemak, menurunkan berat badan, meningkatkan rasa kenyang dan mengekalkan otot (supaya otot tak mengecut).
Walau bagaimanapun, mengambil protein yang tinggi untuk jangka masa panjang boleh menjadi bahaya.


Berat badan

Protein boleh menyebabkan penurunan berat badan, tetapi jenis penurunan hanyalah jangka pendek. Lebihan protein yang diambil biasanya disimpan sebagai lemak, sementara lebihan asid amino dikeluarkan. Ini boleh menyebabkan kenaikan berat badan dari masa ke masa, terutamanya jika kita tak sedar protein yang diambil mengandungi kalori tinggi.

INGAT! Protein menggantikan karbohidrat, tetapi tidak menggantikan lemak.

 

Nafas berbau

Makan terlalu banyak protein menyebabkan bau mulut, terutamanya jika kita sekat pengambilan karbohidrat. Bau mulut terjadi kerana badan mengalami keadaan metabolik yang disebut ketosis, yang menghasilkan bahan kimia yang mengeluarkan bau busuk. Ketika ini berlaku, FLOS TIDAK AKAN MENGHILANGKAN BAU.


Sembelit

Diet protein tinggi biasanya rendah serat. Kalau nak teruskan juga dengan diet protein, banyakkan minum air dan paksa diri mengambil buah dan sayur yang banyak untuk mencegah sembelit.


Cirit-birit

Kalau sumber protein yang diambil adalah dari susu atau makanan proses, terlalu banyak susu atau processed food boleh menyebabkan cirit-birit. This is especially true bila badan tidak toleran terhadap laktosa (lactose-intolerant). Mengambil too much protein dari sumber daging goreng, ikan goreng, dan ayam goreng boleh contribute kepada cirit-birit.


Dehidrasi

Badan membuang lebihan nitrogen dalam bentuk cecair. Ini boleh menyebabkan badan mengalami dehidrasi walaupun kita tak merasa dahaga. Ketika pengambilan protein meningkat, tahap hidrasi menurun. Kesan ini dapat dikurangkan dengan meningkatkan pengambilan air.


Kerosakan buah pinggang

Pengambilan too much protein boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Ini kerana bila terlalu banyak protein dalam badan, asid amino akan disingkirkan. Lebihan nitrogen dalam asid amino menyebabkan buah pinggang harus bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya.


Kehilangan kalsium (menyebabkan tulang mereput)

Protein yang berbeza mempunyai muatan asid yang berbeza, maka kesan asidogeniknya juga berbeza. Diet yang kaya dengan protein menyebabkan kehilangan kalsium yang berlebihan kerana kandungan asidogeniknya.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart