Faedah Menurunkan Berat Badan untuk Penghidap Artritis

Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting kerana ini mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Tetapi ramai yang tak tahu berat badan yang ideal juga dapat meredakan artritis dan membantu ubat artritis berfungsi dengan lebih baik.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengekalkan berat badan supaya dapat meredakan artritis :

[a] Kurangkan tekanan pada sendi.
Setiap kali berat turun sebanyak 453 gram, tekanan 1.8kg hilang dari lutut. Dengan kata lain, menurunkan berat badan hanya 4.5kg boleh menghilangkan 18kg tekanan dari lutut.

[b] Menurunkan Tahap Asid Urik dan Kemungkinan Serangan Gout.
Penurunan berat badan bermanfaat bagi orang yang ada gout DAN gemuk. Menurunkan berat badan akan menurunkan kadar asid urik dan risiko serangan gout dapat dikurangkan.

[c] Memperlahankan degenerasi tulang.
Bila berat badan meningkat, tulang akan membawa beban yang lebih dan ini memberi tekanan kepada tulang. Semakin banyak penurunan berat badan, semakin kurang tekanan pada tulang makan semakin rendah kadar pereputan tulang.

[d] Mengurangkan Aktiviti Penyakit.
Menurunkan berat badan dapat mengurangkan keseluruhan artritis. Orang yang menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 5kg, aktiviti penyakit akan berkurangan berbanding mereka yang tidak menurunkan berat badan. Ia menghasilkan kesan positif pada pengurangan aktiviti penyakit pada sendi dan kulit.

[e] Mengurangkan keradangan.
Lemak adalah tisu aktif yang mencipta dan membebaskan bahan kimia pro-radang. Dengan mengurangkan simpanan lemak dalam badan, keradangan keseluruhan badan akan turun. Kegemukan dapat mengaktifkan dan mengekalkan keradangan seluruh badan.

Menurunkan berat badan memang susah, tetapi jika berat badan berlebihan pun tidak akan memberikan banyak kesan positif. Sekiranya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan untuk sakit sendi/gout, bolehlah cuba GC Plus. GC Plus memang bukan ubat untuk merawat sendi/gout, tetapi ia membantu menurunkan berat badan. Bila berat berkurangan, akan melegakan kesakitan.

 

Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart