Bagaiman Minuman Bergula Beri Kesan Buruk Pada Badan

Apabila gula diambil secara berlebihan, ia boleh menjejaskan kesihatan kita. Ada beberapa sumber gula memberi kesan yang lebih buruk daripada yang lain - minuman bergas dan jus adalah yang paling teruk.

[1] Minuman Bergula Tidak Akan Memberi Rasa Kenyang dan Menaikkan Berat Badan
Jus mengandungi kandungan fruktosa yang tinggi. Fruktosa tidak menurunkan hormon ghrelin [hormon lapar]. Dalam ertikata lain, ia tidak merangsang kenyang. Sebab itulah, apabila kita minum minuman manis, biasanya kita akan mengudap dengan banyak kerana minuman bergula tidak memberi rasa kenyang.

[2] Gula Yang Berlebihan Diubah Menjadi Lemak dan Disimpan Dalam Hati.
Glukosa dapat dimetabolisme oleh sel badan, sedangkan fruktosa hanya dapat dimetabolisme oleh satu organ, iaitu hati. Apabila fruktosa diambil berlebihan, hati akan mengubah fruktosa menjadi lemak. Sebilangan lemak menjadi trigliserida [komponen kolesterol], sementara sebahagian tetap berada di hati. Dari masa ke masa, akan menyebabkan penyakit hati berlemak.

[3] Gula Menyebabkan Pengumpulan Lemak di Perut [Belly Fat]
Fruktosa adalah punca perut buncit. Ia bukan sahaja membentuk lemak di perut tetapi juga pada organ seperti jantung. Ini dikenali sebagai lemak viseral atau lemak perut.

Berbeza dengan glukosa, ia menyebabkan lemak pada kulit yang tak ada kaitan dengan penyakit metabolik seperti fruktosa.
Walaubagaimanapun kedua-duanya tetap menjadi penyebab pertambahan lemak dalam badan.

[4] Gula Menyebabkan Ketahanan Leptin
Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel lemak. Leptin seharusnya memberitahu otak bahawa - badan mempunyai lemak yang cukup lemak - jadi tak perlu makan lagi supaya badan dapat membakar kalori pada kadar normal. Tetapi bila gula banyak dalam badan, badan menjadi tahan terhadap leptin. Maksudnya, badan tak menerima isyarat leptin. Jadi kita sentiasa nak mengunyah walaupun dah banyak makan.

GC Plus : Membantu mendapatkan berat badan ideal di samping mengurangkan rasa lapar.

Nutrijuice : Membantu menurunkan kolesterol pada paras normal, di samping membantu badan menurunkan berat [melalui pengurangan trigliserida]

Basic Value PackĀ : Weight Loss Booster. Percuma Cleansing Gel 25ml
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart