Adakah Makan Lewat Malam Menyebabkan Berat Badan Bertambah?

Ramai orang bimbang berat badan bertambah sekiranya makan lewat malam. Ada cadangan untuk tidak makan selepas jam 8 malam, hakikatnya cadangan ini sangat misleading.

Sebenarnya, APA yang anda makan jauh lebih penting daripada BILA anda makan. The idea that makan lewat malam membuatkan berat badan bertambah berasal dari hipotesis biological clock manusia bahawa waktu malam adalah untuk berehat, bukan makan. Walaupun ada kebenarannya, but it’s not necessarily the TIME you eat, but how MUCH you eat that matters.

Apabila jumlah pengambilan kalori anda sesuai dengan keperluan harian, berat badan tidak akan bertambah hanya kerana anda makan pada waktu malam. Satu penjelasan untuk mengaitkan antara makan pada waktu malam dengan kenaikan berat badan adalah, mereka yang makan lewat malam selalunya makan lebih banyak kalori. Mereka juga sering memilih makanan yang salah.

Pada waktu malam, ramai yang lebih cenderung memilih makanan yang tidak sihat dan padat kalori seperti kerepek, soda dan ais krim. Secara fisiologi, kalori makanan tidak berubah samada anda makan waktu siang atau malam. Nilai kalori tetap sama. Jika anda makan mengikut keperluan kalori, samada siang atau malam, berat badan tidak akan bertambah.

Cuma, bila anda makan waktu malam, tubuh badan akan bekerja sepanjang malam, menyebabkan badan anda tidak mendapat rehat yang sebenar. Anda mudah merasa letih di siang hari. Keletihan akan menyebabkan badan merembeskan hormon kortisol yang membuatkan anda sentiasa mahu mengunyah!

Dah nampak kan, betapa penurunan berat badan bukan semata-mata diet and bersenam sahaja, tetapi ada pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Jadi, bersabarlah jika ingin mendapatkan berat badan ideal. Ia tidak akan berlaku dalam masa yang singkat tetapi bertahap.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart