Apa yang berlaku kepada badan apabila tidak mengambil karbohidrat?
Apabila seseorang berhenti mengambil karbohidrat, badan kurang sumber tenaga. Akibatnya, badan beralih kepada membakar lemak simpanan untuk mendapatkan tenaga. Proses ini dipanggil ketosis. Ketosis menyebabkan badan mengalami penurunan jisim otot (otot mengecut). Kurang/tidak mengambil karbohidrat boleh menyebabkan penurunan berat badan yang cepat, tetapi kurang baik untuk jangka panjang. Kekurangan serat dan mineral penting dalam karbohidrat boleh menyebabkan badan kekurangan zat.
Otak sangat bergantung kepada karbohidrat untuk tenaga. Apabila berhenti mengambil karbohidrat, badan masuk ke dalam keadaan ketosis, di mana ia menghasilkan keton untuk tenaga. Keton boleh digunakan oleh otak untuk tenaga, tetapi ia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sumber tenaga baru ini. Semasa tempoh penyesuaian, sesetengah orang mungkin mengalami gejala seperti brain fog, keletihan dan sakit kepala.
Karbohidrat adalah sumber tenaga yang penting untuk badan dan merupakan komponen penting dalam diet yang sihat. Mereka sering dianggap sebagai "jahat" kerana mengambil terlalu banyak karbohidrat boleh menyebabkan penambahan berat badan. Bagaimanapun, karbohidrat memainkan peranan penting dalam penghasilan serotonin, iaitu neurotransmitter yang mengawal mood dan menyumbang kepada perasaan gembira, tenang dan kurang merasa lapar. Apabila karbohidrat dimakan, insulin dibebaskan. Insulin akan memudahkan kemasukan asid amino ke dalam otak, yang digunakan untuk menghasilkan serotonin.
Penyelidikan telah mendapati bahawa apabila karbohidrat dikeluarkan daripada diet, pengeluaran serotonin berkurangan. Sebab itulah ketika seseorang berhenti mengambil karbohidrat, berlaku pelbagai kesan negatif, termasuk selalu penat, cepat lapar, daya fokus berkurangan, hilang mood, kebimbangan, dan gangguan tidur. Sebaliknya, pengambilan karbohidrat boleh meningkatkan pengeluaran serotonin dan meningkatkan mood dan fungsi kognitif. Sebab itulah di restoran fine dining, pelanggan dihidangkan dengan roti terlebih dahulu. Kenapa agaknya?
a. untuk menghargai pelanggan
b. kerana roti sudah termasuk dalam pakej
c. mengurangkan rasa lapar
d. restoran sedang mempromosikan roti terbaru
Jawapan anda C? Tepat sekali. Pelanggan dihidangkan dengan roti untuk mengurangkan rasa lapar sementara menunggu makanan utama tiba. Ini kerana, roti adalah karbohidrat. Karbohidrat merangsang pembebasan serotonin. Serotonin mengurangkan rasa lapar. Sebab itulah sesiapa yang mengambil GC Plus kurang berasa lapar dan mampu bertahan lebih lama sementara menunggu waktu makan. Kerana GC Plus merangsang pembebasan serotonin. Ini menjadikan GC Plus produk yang sangat membantu ketika sedang berpuasa.