Adakah kreatinin merosakkan buah pinggang?
Selalu kita dengar orang kata tanda-tanda buah pinggang rosak adalah disebabkan oleh kreatinin yang banyak dalam badan. Betul ke? Untuk mencari jawapannya, mari kita fahamkan dulu apakah kreatinin. Adakah ia merbahaya? Kreatin kebanyakannya terletak dalam otot dan otak. Kebanyakan orang mendapat kreatin melalui makanan laut dan daging merah. Hati, pankreas dan buah pinggang menghasilkan kira-kira 1 gram kreatin setiap hari.
Badan manusia menyimpan kreatin dalam otot untuk tenaga. Bermakna, semakin besar otot, semakin banyak kreatinin dihasilkan. Kreatin dihasilkan oleh otot. Adakah itu bermakna orang yang cenderung mendapat sakit buah pinggang adalah golongan atlet? Jawapannya, TIDAK. Kreatin memberi manfaat kepada atlet yang memerlukan kekuatan otot, seperti pelari pecut, angkat berat dan atlet sukan berpasukan.
Ramai atlet mengambil suplemen kreatin untuk menambahkan otot. Pengambilan kreatin mungkin tidak membantu semua atlet, secara amnya kreatin TIDAK MERBAHAYA. Dulu, dikatakan kreatin menyebabkan penyakit buah pinggang, tetapi kajian mengatakan kreatin TIDAK menjejaskan fungsi buah pinggang pada orang yang sihat. Dalam kata lain, sekiranya buah pinggang seseorang itu sihat, menambahkan jisim otot atau mengambil suplemen untuk menambahkan otot TIDAK menyebabkan buah pinggang rosak. Sebaliknya, jika seseorang itu sudah mendapat penyakit buah pinggang, JANGAN mengambil sebarang suplemen.