"Kak Di! Kolesterol saya naik mendadak. Saya nak cuba Nutrijuice"
Baru-baru ini seorang pengguna GC Plus berkongsi weight loss card tracker yang menunjukkan penurunan ukuran pinggang dari 34.5 kepada 32 inci dalam masa 10 hari. Seminggu selepas itu beliau membuat ujian kolesterol dan mendapati bacaan kolesterolnya meningkat, lalu dia ingin mengambil Nutrijuice pula. Ok listen. Buat mereka yang sedang menurunkan berat badan, it is NORMAL sekiranya bacaan kolesterol meningkat. Individu yang berlebihan berat badan berisiko mendapat kolesterol yang lebih tinggi yang boleh meningkatkan risiko mereka untuk penyakit kardiovaskular. Atas sebab itu, penurunan berat badan sering disyorkan untuk membantu menurunkan kolesterol. Walaupun penurunan berat badan adalah cara yang berkesan untuk menurunkan kolesterol, ia boleh meningkatkan kolesterol buat sementara waktu. Here's why...
Jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan dan paras kolesterol darah meningkat, walaupun berat badan turun, jangan panik. It’s completely normal untuk paras kolesterol meningkat buat sementara waktu kerana badan sedang membakar lemak yang tersimpan. Bacaan kolesterol akan berubah-ubah dalam tempoh penurunan berat badan, sehinggalah berat badan stabil. Ini mungkin berlansung selama 12-24 minggu (3-6 bulan). Selepas tempoh tersebut paras kolesterol berpeluang untuk kembali normal.
Apabila menurunkan berat badan, kita menggerakkan lemak yang disimpan, jadi kolesterol yang disimpan dalam tisu lemak akan dilepaskan ke dalam darah menyebabkan peningkatan sementara dalam paras kolesterol. Kesan ini tidak kekal dan paras kolesterol biasanya akan berkurangan apabila berat badan stabil. Maksudnya, jika sebelum ini kolesterol anda normal tetapi ketika menurunkan berat badan ia meningkat tinggi, cuba bertenang dulu. Tidak perlu ambil Nutrijuice. Tetapi jika anda telah mencapai matlamat berat badan dan kolesterol kekal tinggi, mungkin pada ketika itu boleh mula ambil Nutrijuice.