Punca Jerawat Tidak Hilang
Sama ada dewasa atau remaja, tidak terlepas dari masalah jerawat. Mungkin telah mencuba pelbagai jenis produk dan kemungkinan besar produk tersebut tidak berfungsi. Salah satu isu terbesar dengan orang yang mempunyai masalah jerawat ialah, tidak memahami apa yang menyebabkannya jerawat itu terus tumbuh. Bukan semua jerawat dapat hilang menggunakan rawatan/produk yang sama. Daripada hormon kepada diet kepada produk, merawat jerawat tidak semudah menyapu krim pada muka.
Mengetahui jenis produk yang hendak digunakan boleh memberikan perbezaan besar dalam merawat masalah jerawat. Setiap formulasi berfungsi secara berbeza untuk merawat kulit. Mungkin ada yang terfikir jika menggunakan pelbagai jenis produk untuk merawat jerawat, adalah lebih baik. Penggunaan terlalu banyak produk rawatan jerawat sebenarnya memburukkan lagi kulit.
Seseorang tidak seharusnya menggunakan lebih daripada satu produk pada muka anda pada satu masa. Kebanyakan produk jerawat di pasaran cenderung dirumus untuk kulit remaja kerana peratusan remaja paling tinggi mendapat jerawat. Untuk orang dewasa, cari produk yang tidak terlalu 'keras' untuk kulit. Go for produk yang lebih banyak menggunakan bahan semula jadi.
Ketika jerawat sedang mengganas, perhatikan diet. Makanan berminyak, coklat dan tenusu tidak menyebabkan jerawat, tetapi boleh memburukkan keadaan jerawat yang sedia ada. Pemakanan boleh menjejaskan hormon yang seterusnya boleh memburukkan jerawat. Makanan yang tinggi kandungan gula boleh menyebabkan lonjakan paras insulin yang boleh mengubah hormon dan menjejaskan kulit.
Jika menggunakan rejimen penjagaan kulit yang ketat tetapi jerawat masih tidak clear, check your diet. Jangan pernah terfikir di usia dewasa jerawat tidak akan tumbuh lagi seperti zaman remaja dahulu. Badan manusia terus-menerus mengalami turun naik hormon atas pelbagai sebab, yang boleh mencetuskan jerawat. Jerawat boleh muncul pada bila-bila masa, walaupun seseorang tidak pernah ditumbuhi jerawat 15 tahun lamanya. Lebih-lebih lagi wanita 40-an. Semakin menghampiri menopaus, hormin mula kucar-kacir.
Wanita yang mula menopaus biasanya mengalami jerawat pada masa ini, kerana tahap hormon progesteron menjadi lebih tinggi daripada estrogen (yang membantu mencegah jerawat), menyebabkan jerawat. Sebab itulah penting untuk mengetahui PUNCA JERAWAT. Boleh jadi jerawat anda bukan disebabkan oleh aktiviti bakteria pada kulit, tetapi hormon. GreenAard ada 2 produk yang boleh membantu masalah ini.
Yang pertama, CLEANSING GEL. Produk ini memang diformulasi khusus untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan ekzema. Yang kedua, HERBA RAHSIA RIMBA. Ia bukanlah produk untuk merawat jerawat, tetapi membantu merawat masalah dalam wanita. Herba Rahsia Rimba membantu menstabilkan hormon wanita supaya kitaran haid lancar, kurang simptom menopaus, kurang simptom PMS dan mungkin membantu merawat masalah jerawat hormon.