"Macamana cara nak besarkan breast?"
Payudara kita terbuat dari tisu lemak, tisu sokongan dan ligamen. Tidak ada otot pada payudara untuk mengelakkan payudara kendur, Jadi, bersenam bukanlah penyelesaian untuk mengelakkan payudara kendur. No such thing as "senaman untuk menegangkan payudara".
Payudara kendur kebanyakannya disebabkan oleh kekurangan kolagen di bawah payudara. Kolagen adalah sejenis protein yang terdapat di kulit. Kolagen menegangkan kulit dan kekurangan kolagen di bawah payudara menyebabkan payudara kendur.
Menurunkan berat badan mungkin sukar. Kadang-kadang anda berjaya kekalkan berat badan, kadang-kadang 'terbabas'. Setiap kali berat bertambah, kulit menegang dan setiap kali anda berat badan turun, kulit jadi kendur. Kitaran berterusan ini menyebabkan kulit hilang keanjalan dan secara semula jadi, ia mempengaruhi bentuk payudara.
Ada yang merokok? Ok, merokok buruk untuk payudara kerana rokok ada bahan kimia yang bertindak sebagai menghalang penghasilan kolagen. Itulah salah satu sebab kenapa merokok tidak bagus untuk kulit. Kulit jadi cepat tua and loosens your skin termasuk payudara.
Graviti sentiasa menarik payudara ke bawah dan menyebabkan ligamen di payudara meregang. Inilah sebabnya mengapa anda perlu memakai coli sepanjang masa. Memakai coli yang salah tidak dapat menyokong payudara dengan betul. Coli bukan sekadar menutup payudara tetapi menyokongnya dari bawah.
Matahari adalah musuh kolagen. Ini antara sebab kenapa ia tidak bagus untuk kulit. Terlampau terdedah dengan matahari menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur. Sinar UV memecahkan kolagen pada kulit. Jangan berada di bawah matahari terlalu lama tanpa memakai proper sunscreen.
Graviti bukan satu-satunya punca yang menarik payudara ke bawah. Aktiviti fizikal yang extreme boleh menjadikan payudara kendur. Sekiranya payudara melantun terlalu banyak semasa bersukan seperti berlari, ligamen di payudara akan meregang dan boleh cedera. Untuk mengelakkannya, selalulah pakai coli sukan yang sesuai.
Air baik untuk kulit. Ia melembapkan kulit agar tidak kendur. Badan yang cukup dengan air akan meningkatkan pengeluaran kolagen kerana air meransang metabolisme. Kekurangan air menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan. Walaupun anda mengambil supplement untuk meransang kolagen, jika badan kurang air, healing process tetap menjadi lambat.