Sel lemak kekal dalam badan walaupun anda sudah kurus.

Ketika berjuta-juta orang bertekad menurunkan berat badan, ada FAKTA yang ramai tidak tahu iaitu, tidak kira berapa banyak berat berkurangan, jumlah sel lemak dalam TIDAK AKAN BERKURANGAN. Sebaliknya, sel-sel lemak hanya mengecut dan tetap berada di situ menunggu masa untuk diisi semula dengan lemak sekiranya badan kembali berlebihan kalori.

Jika seseorang yang pernah obese 100kg mengatakan "Saya telah berjaya mengurangkan 30kg, kini saya 70kg!". Hakikatnya, yang hilang hanyalah lemak tetapi bukan sel-sel lemak. Sebab itulah seseorang yang pernah overweight/obese lebih mudah menambahkan berat badan sekiranya tidak mengawal pemakanan. Ini kerana sel-sel lemak telah tersedia, hanya menunggu untuk diisi semula.

Sel-sel lemak boleh tumbuh atau mengecut secara mendadak kerana sifat sel lemak ia cenderung menyimpan kembali lemak terutama jika lemak tersebut hilang dengan cepat. This could be the reason kenapa bekas peserta "The Biggest Loser" mendapati bahawa pada tahun-tahun berikutnya kebanyakan mereka cepat overweight kembali.

Sel lemak sentiasa meningkat semasa kita kecil, dan jumlahnya stabil setelah mencecah usia awal dewasa. Tetapi sel lemak boleh bertambah apabila badan ada lebihan kalori. Jadi, kepada yang masih belum overweight, pastikan tidak overweight. Kepada yang pernah overweight/obese, tolong jaga pemakanan kerana badan anda sensitif pada lebihan kalori kerana sel lemak yang sudah tersedia dengan banyak.
Diana Ishak
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart