Rambut gugur petanda badan kurang kalori.
Dalam keadaan normal, rambut tumbuh sebanyak ½ inci sebulan selama lebih kurang 2 tahun sebelum memasuki fasa rehat. Pada akhir fasa rehat, rambut lama akan gugur untuk memberi ruang kepada rambut baru. Dalam satu-satu masa, kira-kira 10% rambut memasuki fasa rehat.
Walau bagaimanapun, tekanan fizikal dan emosi dari diet boleh menyebabkan lebih banyak rambut masuk ke fasa rehat, dan gugur lebih cepat dari sepatutnya. Apabila tubuh seseorang tidak mendapat nutrien yang cukup, ia memprioritikan proses mana yang harus difokuskan seperti proses pernafasan dan peredaran darah.
Kekurangan nutrien menjadikan rambut 'haus' dan kekurangan makanan yang diperlukan untuk ia terus tumbuh dengan banyak dan kuat. Sebagai akibatnya, rambut mudah gugur. Berat badan yang turun dengan cepat akibat kekurangan kalori (diet yang strict) memberikan tekanan fizikal pada folikel rambut. Oleh itu, penurunan berat badan mesti beransur-ansur dengan perlahan dan realistik.
Semasa menurunkan berat badan, pastikan makan kalori yang mencukupi. Jangan sampai berlapar. Walaupun perlu mengehadkan kalori untuk menurunkan berat badan, mengehadkan terlalu banyak boleh menyebabkan rambut tidak cukup tenaga dan lemah. Pastikan protein mencukupi. Tidak wajib dari haiwan, protein juga boleh didapatkan dari tauhu, tempe, kekacang dan sesetengah bijirin. Penurunan berat badan yang sihat mestilah sekitar 430-900g sahaja, seminggu. Sekiranya turun lebih daripada itu, seseorang berisiko mendapat keguguran rambut.