Mengapa semakin menghampiri target, berat semakin lambat turun.

Anda telah melakukan yang sepatutnya - berdiet dan bersenam. Tetapi, semakin hampir dengan matlamat, semakin berat tidak berganjak. Fakta sains mengatakan, 5kg terakhir selalunya paling sukar untuk hilang. Mengapa ini berlaku banyak dikaitkan tentang hubungan antara berat badan dan selera makan.

Apabila berdiet, ada dua sebab kenapa penurunan berat badan biasanya perlahan dari semasa ke semasa. Sebab pertama ialah, penggunaan kalori (tenaga) berkurangan seiring dengan penurunan berat badan. Metabolisme yang perlahan berlaku kerana ketika badan sudah semakin kurus, tidak banyak kalori yang diperlukan untuk menggerakkan badan kerana badan sudah semakin ringan.

Sebagai contoh, seorang lelaki berumur 45 tahun berketinggian 175 cm dan sederhana aktif mempunyai berat 90 kg. Dia perlu kurangkan pengambilan kalori daripada 3200 kepada 2270 kcal sehari untuk menurunkan 15 kg dalam tempoh enam bulan. Jika dia mengekalkan diet sebanyak 2270 kcal sehari sepanjang hari, dia akan kehilangan 2.6 kg sebulan, dalam tempoh lima bulan pertama, dan 1.8 kg pada bulan terakhir. Setelah mencapai berat sasaran 75 kg, dia perlu makan lebih rendah dari 2270 kcal untuk menurunkan berat badan lagi.

Bermaksud, semakin kurang berat badan, seseorang perlukan diet dan gaya hidup yang berbeza dari sebelumnya, barulah penurunan berat badan akan bermula lagi. Sebab kedua mengapa penurunan berat badan menjadi semakin sukar ialah, setiap kali berat badan berkurangan, ia akan disertai dengan peningkatan selera makan. Hormon leptin memberitahu otak berapa banyak lemak yang disimpan dalam badan. Apabila kita mempunyai lebih banyak lemak, leptin meningkat dan mengurangkan selera makan. Tetapi apabila kita kehilangan lemak badan, "brek" leptin pada selera makan dilepaskan, menjadikan kita lebih cepat lapar.

Dalam weight loss, bukan membuang lemak yang sukar, tetapi menahan lapar. Kerana, semakin banyak lemak hilang, badan semakin cepat lapar. Di sinilah GC PLUS menjalankan fungsinya untuk mengurangkan rasa lapar supaya keinginan makan berkurangan (bukan hilangkan selera makan terus!). Apabila memakan GC PLUS, satu nasihat penting dari kami - jangan jadikan penimbang sebagai kayu pengukur, tetapi saiz pinggang. Angka pada penimbang tidak memberi maklumat yang tepat tentang berat sebenar anda (berat lemak). Saiz pinggang lebih tepat. Paling tepat adalah dengan mengambil peratusan bodyfat. Jika berat badan tidak berubah dengan banyak tetapi bodygfat berkurangan, that's a sign your body is showing progress.
Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart