Macamana nak hilangkan selulit?

Tidak ada cara untuk menghilangkan selulit sepenuhnya.

Terdapat beberapa rawatan yang boleh mengurangkan selulit, tetapi rawatan tersebut bukanlah dengan sapuan krim ataupun GC PLUS. GC Plus hanya boleh membantu menurunkan berat badan tetapi bukan menghilangkan selulit. Kenapa?

Selulit umpama daging yang kenyal dan berlendir, selalunya berada di paha, pinggul dan punggung. Apabila kulit ada selulit, ia jadi berkedut-kedut umpama kulit limau purut.

Selulit terbentuk apabila fiber yang mengikat kulit ke otot menjadi regang. Ini menyebabkan kulit 'jatuh' ke bawah, sementara sel-sel lemak tertolak ke atas dan berkumpul di kulit.

Tidak dapat dipastikan kenapa sesetengah orang ada selulit sementara yang lain tidak. Walau bagaimanapun wanita lebih cenderung dapat selulit berbanding lelaki. Selain dari itu, jika ada ahli keluarga yang berselulit, kita berisiko untuk dapat selulit juga. Jadi, genetik ada kaitan. Selulit lebih kerap berlaku pada orang yang mempunyai berat badan berlebihan.

BERITA BAIK!

Selulit tidak menyebabkan sebarang risiko kesihatan, jadi, ia tidak perlu dirawat. Tetapi, kalau penampilan selulit mengganggu, ada beberapa terapi yang boleh membantu. But definitely bukan krim sapu atau GC Plus.

Walaupun GC Plus tak boleh bantu mengurangkan selulit secara lansung, tetapi GC Plus boleh menambahkan jisim otot sekaligus menyebabkan berat badan menurun. Pertambahan otot menjadikan lemak dibakar dengan lebih cepat. Bila lemak bawah kulit berkurangan, kesan selulit pada kulit turut berkurangan.

 

Left Continue shopping
Your Order

You have no items in your cart